Camping Pertama Tanpa Hujan di Wolfland Touring Park
Автор: Lensa Kami
Загружено: 2022-12-11
Просмотров: 142
Camping #7
Perancangan saat akhir. Hari minggu yang tidak ada sebarang perancangan, membuatkan kami mencari campsite yang masih ada kekosongan. Sudah pasti siapa respon dahulu, itu yang kami akan pergi.
Lokasi harus berdekatan dengan Kuala Lumpur.
Dalam dua tiga campsite operator yang kami whatsapp, tuan tanah Wolfland Touring Park ini paling awal respon. Rezeki untuk kedua-dua pihak yang dah tertulis.
Maka berangkatlah kami tengah hari Sabtu dan sampai di sana selepas asar. CO dan isteri sangat peramah. Telah ada beberapa orang/family campers ketika kami sampai.
Tanah ini baru dijadikan sebagai campsite. Sesiapa yang benar-benar ingin berehat, patut datang ke sini. Memandangkan tempat ini betul-betul hutan, tiada sungai yang buat kita geram rasa nak berendam. Ianya sangat sesuai untuk dijadikan tempat berehat. Sekadar nak layan alam, lihat dan dengar bunyi pelbagai jenis burung.
Jalan masuk ke campsite, buat masa ini kami berpendapat hanya kereta 4x4 sahaja sesuai masuk. Semasa trip ini, semak samun di kiri dan kanan jalan hampir setinggi kereta kami. Ini menyebabkan keadaan sebenar jalan tidak dapat dilihat.
Kemudahan yang ada hanya tandas. Tiada lampu. Tapi bila malam-malam, tumbuhan dan unggas hutan itu sendiri menghasilkan cahaya yang sangat cantik.
Pertama kali kami pergi camping tanpa hujan. Tapi, malam-malam cuaca sejuk.
Lokasi : Kalumpang, Hulu Selangor
Hubungi campsite owner di talian 011-2126 0564 (Azriq) untuk tempahan dan keterangan lanjut. Sosial media berkaitan :
/ wolflandpark
https://www.youtube.com/ @wolflandtouringpark
Youtube Audio :
Sunspots - Jeremy Blake
Natural Light - Chris Haugen
https://mixkit.co/free-sound-effects/...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: