MINDEF bakal bina 12,733 unit RKAT baharu menjelang 2030
Автор: Air Times News Network
Загружено: 2025-07-29
Просмотров: 294
KUALA LUMPUR, 30 Julai – Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus memperkasa agenda kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan memberi keutamaan kepada penyediaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang selesa dan sejahtera untuk anggota serta keluarga mereka.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, MINDEF merancang untuk membina sebanyak 12,733 unit RKAT baharu sehingga tahun 2030, tertakluk kepada kepada keupayaan semasa kewangan kerajaan.
“Sejak tahun 2022, sebanyak 6 projek pembinaan baharu RKAT melibatkan 2,812 unit telah berjaya disiapkan,
“Selain itu, sebanyak 10 projek baharu melibatkan 3,206 unit kini sedang dalam proses pembinaan di seluruh negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan kos keseluruhan RM1.002 bilion dan dijangka siap menjelang 2026,
“Manakala, 8 lagi projek bina baru RKAT yang melibatkan 2,456 unit sedang dalam fasa perolehan dengan kos dianggarkan sebanyak RM1.4 bilion,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikan ketika menjawab persoalan Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib yang ingin mengetahui perancangan daripada pihak Kementerian untuk menambah baik kemudahan perumahan sedia ada kebajikan anak-anak anggota serta sokongan pendidikan yang lebih baik terhadap mereka dan apakah status pembinaan perumahan tentera di seluruh negara.
Tegasnya, di bawah Kerajaan MADANI, komitmen terhadap penyelenggaraan RKAT turut dipertingkatkan.
Ujarnya, bagi tahun 2025, MINDEF telah memperuntukkan RM426.5 juta, meningkat 6.62 peratus berbanding RM400 juta pada tahun 2024 dan jauh lebih tinggi daripada RM236.7 juta pada 2023.
“Setakat ini, sebanyak 19,978 unit RKAT telah diselenggara pada 2023, dan jumlah ini meningkat kepada 20,954 unit pada tahun 2024,
“MINDEF mensasarkan sebanyak 11,607 unit RKAT akan diselenggara sepanjang tahun 2025, manakala menjelang 2030 dan sebanyak 55,622 unit RKAT akan melalui proses penyelenggaraan secara menyeluruh,” ujarnya lagi.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, sebagai tanda penghargaan tidak ternilai kepada warga ATM yang setia berbakti demi kedaulatan negara, MINDEF juga menitikberatkan kebajikan anak-anak anggota termasuk usaha memperkasakan kualiti pendidikan mereka.
Tegasnya, pelan tindakan pendidikan dilaksanakan melalui pelbagai program sokongan dengan kerjasama Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) bagi mempertingkatkan pencapaian akademik anak-anak anggota ATM.
“Antara pelan tindakan termasuklah Program Simpanan Pendidikan MADANI, Program Sentuhan Elit SPM dan Program e-Perkasa SPM,
“Program Protege turut dilaksanakan bagi menawarkan peluang pekerjaan dan pengalaman kerja kepada graduan dalam kalangan anak-anak anggota serta veteran ATM,
“Selain itu, Program Penajaan Pengajian TVET yang menawarkan pembiayaan pengajian peringkat sijil dan diploma di tiga institusi TVET MARA dengan kuota 50 orang kepada anak ATM,” jelasnya lagi.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 38 buah sekolah dalam kem turut diberikan keperluan senggaraan bagi menaiktaraf infrastruktur di sekolah-sekolah tersebut.-airtimes.my
#pertahanan #airtimes #RKAT #Malaysia #ATM
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: