Milik Siapakah Tanah Ini? | Ustaz Muhammad Taufiq bin Abd Hamid
Автор: Aje Share
Загружено: 2021-09-12
Просмотров: 574
MILIK SIAPAKAH TANAH INI?
Penyajak :
Ustaz Muhammad Taufiq bin Abd Hamid
Guru Agama Tangkak
Karya asal :
Mohd Razali Taib
-------------------------------------------------
Milik siapakah tanah ini
Sekepal tanah ini kugenggam..
Uratnya temalih tersirat nyali merah darah muda
Mengalir kekali menuju kemuara..
Tercatat warisan temurun anak bangsa tercinta..
Tertatang penuh jiwa
Disetiap lena jaga
Bagai minyak setitikpun tumpahnya tiada..
Ditanah setia ini
Duhai negaraku
Kubisikkan berbaris zikir diubun belahan cinta
Merantai azimat mengikat kasih anta permana
Menjadi tunjang jati diri pertiwi
Anak merdeka tidak akan berputih mata
Tidak akan seinci tanah terbiar tetap dibela
Haram disentuh petualang durjana
Di tanah keramat ini bangsaku
Meresap kecintaan kesetiap rongga anggota
Mengunci kata kata
Sekelumit tak akan dilupa
Siapa bangsa siapa pewaris moyangnya
Inilah tanah bertuah kita
Jangan sesekali diselerak merata
Jangan dijanji walau pada sesiapa
Jangan berkongsi walau pada kelana
Jangan diagihkan tukar penama kerana ia adalah warisan kita
Sejak mula
Ini tanah pusaka
Terbenam dijiwa
Akan kusimpulkan menjadi kota janji
Terpatri ikrar suci abadi...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: