LEWI SPACESHIP ADVENTURE BAGI TOPIK LUAS ANTARA LENGKUNG
Автор: Lim Hwee Cheng EF 3.0
Загружено: 2026-01-15
Просмотров: 75
#PGSM
#IPG
#AYU
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan Gamifikasi Digital LEWI Spaceship Adventure sebagai amalan terbaik PdP dalam meningkatkan penguasaan pelajar terhadap topik Luas Antara Lengkung, yang sering menimbulkan kekeliruan dalam penulisan formula kamiran tentu. Objektif kajian adalah untuk meningkatkan kefahaman konsep, mengurangkan kesilapan pemilihan fungsi batasan serta meningkatkan motivasi dan penglibatan pelajar. Pelaksanaan gamifikasi ini berasaskan empat fasa utama LEWI, iaitu Learn, Explore, Win dan Inspire, yang membentuk pembelajaran kendiri melalui video interaktif, penerokaan visual, cabaran gamifikasi berperingkat serta ganjaran lencana digital. Kajian tindakan ini melibatkan 30 orang pelajar Matrikulasi melalui ujian pra dan pasca, soal selidik motivasi, pemerhatian PdP serta analisis skrip jawapan pelajar. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan purata markah sebanyak 63.8%, penurunan ketara kesilapan formula serta peningkatan motivasi, keyakinan dan tumpuan pelajar. Kesimpulannya, gamifikasi LEWI berupaya mentransformasikan PdP Matematik secara berkesan dan berpotensi dijadikan model amalan terbaik dalam pendidikan STEM selaras dengan Dasar Pendidikan Digital.
Lim Hwee Cheng
Kolej Matrikulasi Johor
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: