Pertandingan dan Pameran Bonsai 2022
Автор: Afiq Halid
Загружено: 2022-08-02
Просмотров: 284
Pertandingan ini merupakan anjuran Selangor Bonsai & Suiseki yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 29 Julai - 31 Julai 2022. Lebih daripada 100 pokok bonsai yang dipertandingkan.
Mempunyai beberapa kategori iaitu saiz besar (L), sederhana (M), kecil (S) dan mini.
Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Mekhlas bin Suparno selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan, Bukit Kapar Klang, Selangor. Turut hadir Dato' Pui Khiang Khang selaku Presiden Malaysia Bonsai Suiseki & Society (MBSS) dan Encik Yusoffi bin Abdul Aziz selaku Presiden Selangor Bonsai Art & Suiseki (SABAS).
Penaja pertandingan dan pameran ini terdiri daripada:
Malaysia Bonsai Suiseki & Society (MBSS)
Sanfong Bonsai Nursery
Naungseri Bonsai
PakCot Bonsai Nursery (PCBN)
Peserta yang bertanding bukan sahaja terdiri daripada mereka yang menetap di Selangor, malah ada yang datangnya dari negeri lain seperti Johor, Terengganu dan sebagainya.
Diucapkan tahniah kepada semua pemenang dan juga peserta yang bertanding.
Video oleh: Afiq Halid
Music: title (ncs)
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: