Nga, Noh bertelagah buat Dewan Rakyat 'panas'
Автор: KiniTV
Загружено: 2018-08-09
Просмотров: 183195
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempertahankan kenyataannya berhubung RM18 bilion wang tuntutan cukai input bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang sepatutnya dibayar balik kepada peniaga telah ‘dirompak’ kerajaan terdahulu.
Beliau kekal bertegas meskipun diasak beberapa Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang) dan Datuk Seri Hamzah (Larut) yang memintanya menarik perkataan 'rompak' memandangkan siasatan masih berjalan.
Lim ketika menggulung Rang Undang-Undang Kastam (Pindaan) 2018 berkata satu siasatan terbuka mengenai perkara itu dengan dipimpin oleh individu luar yang bebas dan berpengalaman bakal disyor kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas selesai siasatan dalaman.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: