PERTANDINGAN MEREKACIPTA VIDEO PENDEK KEFAHAMAN ISLAM (VIPKІ) - IHSAN
Автор: Haikal Adnin
Загружено: 2025-12-13
Просмотров: 24
Penganjuran Pertandingan Video Pendek Kefahaman Islam (VIPKI) 2025 bertemakan MADANI, yang seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI, membuktikan bahawa pendekatan seni dan medium digital mampu menjadi wadah berkesan dalam memperkukuh kefahaman Islam secara inklusif, di samping menyatukan masyarakat berbilang kaum dan agama.
Kejayaan penganjuran ini turut membuktikan bahawa seni merupakan medium yang ampuh dalam menyampaikan mesej kefahaman Islam secara kreatif dan berimpak. Menerusi VIPKI, bakat-bakat muda berjaya mengetengahkan karya yang bukan sahaja berkualiti tinggi, malah sarat dengan nilai keharmonian, perpaduan dan kemurnian sejagat.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang serta seluruh peserta yang telah mencurahkan idea, masa dan bakat dalam menjayakan pertandingan ini.
#VIPKI2025 #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #BersamaMalaysiaku
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: