GUNUNG KORBU & GAYONG (KORGA) Episode 1 - Pendakian yg Leha2 je pd awalnya, hujung2 BARAI!
Автор: Aiz Thebuilders
Загружено: 2025-06-20
Просмотров: 1915
Sinonim dengan gelaran KORGA, Gunung Korbu dan Gunung Gayong semakin menjadi kegilaan pendaki bagi salah satu destinasi wajib dalam aktiviti pendakian mereka. Terletak di tengah Perak, Gunung Korbu menjadi mercu tanda warga Ipoh khususnya Ulu Kinta.
Tingginya mencapai sehingga 7,162 kaki dari paras laut bersamaan 2,183 meter, Gunung Korbu adalah gunung ke-2 tertinggi di Semenanjung Malaysia, dan Pertama tertinggi di Banjaran Titiwangsa, manakala ke-7 tertinggi di dalam Malaysia.
Gunung Gayong pula mempunyai ketinggian 7,129 kaki dari paras laut, bersamaan 2,173 meter, merupakan gunung ke-4 tertinggi di Semenanjung Malaysia. Lazimnya pendaki akan melalui kedua-dua puncak ini didalam 1 ekspedisi. Ini kerana puncaknya bersebelahan dan mengambil masa cuma 2 ke 3 jam sahaja merentasi permatang dari Korbu ke Gayong.
Untuk mendaki Gunung Korbu Gayong (KORGA), terdapat 3 pintu masuk, yang sering digunakan pendaki adalah melalui Sungai Termin atau Empangan Sultan Azlan Shah (SAS), jalan ini lebih mudah didaki dengan mengambil masa 4 hari 3 malam (Sekarang rata-rata buat 3 hari 2 malam disebabkan jimat cuti, tetapi perlu bersedia trekking malam dalam jangka masa yang panjang).
Selain itu jalan alternatif pula adalah melalui Sungai Senooi, Kampung Makmur, perkampungan orang asli.
Kebiasaannya pejalanan ini ambil masa 5 hari 4 malam oleh kerana keadaan jalan yang sedikit semak disebabkan jarang pendaki lalu. Lategori laluan ini adalah 8/10, juga di gelar Trek Lagenda Korbu Gayong. Laluan ini lebih cantik dan mencabar berbanding laluan Sg Termin. Terdapat beberapa kawasan Air Terjun yang cantik sekitar laluan ini.
Lalauan ketiga pula menghubungkan Bluevalley Dam (Empangan Tangga), Cameron Highlands atau Lojing, Kelantan ke Gunung Korbu. Laluan ini lebih jauh dan harus melepasi Gunung Yong Belar dahulu sebelum melintasi Gunung Gayong dan kemudian berakhir di Gunung Korbu. Popular dengan gelaran Trans Titiwangsa (Banjaran Titiwangsa). Tempoh yang di ambil biasanya 5 ke 6 hari untuk keseluruhan ekspedisi.
Pendakian KORGA menjadi trending semenjak tahun 2013 ketika lokasi ini menjadi salah 1 gelanggang latihan bagi pendaki yang akan mendaki di luar negara, atau yang bakal menyertai acara larian gunung, atau mungkin juga sekadar menambah koleksi G7. Tidak kisah apa tujuan sekalipun asalkan aktiviti sihat ini diteruskan dengan baik dan terkawal, terutama tentang sisa sampah.
Dalam Vlog aku pada kali ini akan aku kongsikan tentang perjalanan aku dari awal sehingga tamat pendakian. Agak panjang tapi hampir lengkap menceritakan dalam bentuk visual bagaimana trek sepanjang mendaki Gunung Korbu & Gayong. Selamat menonton, semoga yang baik dapat diambil iktibar dan dikongsikan pada yang lain-lain. Jika ada sebarang kesilapan boleh tinggalkan komen dibawah supaya aku dapat ambil nota dan perbetulkan dimasa mendatang.
Jazakallah atas sokongan semua, jangan lupa subscribe channel aku sebagai pembakar semangat untuk aku lebih berkembang maju dimasa hadapan.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: