PROGRAM KECERGASAN SEMPENA SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT IBU PEJABAT FAMA
Автор: FAMA TV
Загружено: 2025-10-13
Просмотров: 88
PROGRAM KECERGASAN SEMPENA SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT IBU PEJABAT FAMA
13 Oktober 2025 (Isnin)
Perkarangan Parkir & Lobi Tingkat 1, FAMA Ibu Pejabat
Bersempena Sambutan Hari Sukan Negara 2025, Cawangan Pembangunan Modal Insan (PMI), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan FAMA (KSKF) telah menganjurkan Program Kecergasan bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga kerja FAMA.
Program dimulakan dengan senamrobik menceriakan suasana pagi, diikuti ucapan Ketua Pengarah FAMA serta gimik pelancaran Hari Sukan Negara 2025. Acara diteruskan dengan aktiviti menyeronokkan “Let’s Try: Indoor Games” yang mendapat sambutan meriah daripada warga kerja.
Turut hadir memeriahkan program ialah YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA, YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, serta YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga kerja FAMA yang turut menjayakan program ini!
Semoga semangat sukan dan kesihatan terus menjadi budaya dalam organisasi.
“ 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 & 𝐈𝐧𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 : 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧”
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#HariSukanNegara2025
#FAMAdiHatiRakyat
#MalaysiaMADANI
#CukupDanTerjamin
#OurFoodOurFuture
#AgroMADANI
#KSKF
#TeamFAMA
#GayaHidupSihat
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: