MAJLIS PELANCARAN PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI (OACP) MAJLIS PERBANDARAN KAJANG TAHUN 2022 - 2026.
Автор: mpkajang
Загружено: 2022-11-24
Просмотров: 107
23 November 2022 ( Rabu )-YBhg.Tuan Haji Najmuddin Bin Jemain,Yang Dipertua MPKj telah melancarkan Pelan Anti Rasuah Organisasi ( OACP ) Majlis Perbandaran Kajang 2022-2026 berdasarkan 4 bidang keutamaan ; Pentadbiran, Sumber Manusia Dan Pelanggan, Pengurusan Kewangan Dan Perolehan, Penguatkuasaan Dan Undang-Undang serta Kawalan Pembangunan.
4 Strategi dan 4 Objektif Strategik digariskan serta 22 Pelan Tindakan Pelaksanaan PBT-MPKj.
Hadir menyaksikan bersama jemputan kehormat- YBhg.Tuan Ridzuan Bin Abd Malik, Timbalan Pengarah Bahagian Pencegahan SPRM Selangor, YBrs. Puan Nur Binti Sapran@Sahran,Ketua Penolong Setiausaha Unit Integriti Kerajaan Negeri Selangor, Encik Kamaruzaman Bin Salimin,Timbalan Yang Dipertua MPKj, Ahli-Ahli Majlis, Pegawai SPRM, Pengarah Jabatan dan Warga Kerja MPKj serta Wakil Media Berita.
Harapan MPKj dengan membangunkan Pelan OACP tahun 2022 - 2026 berjaya mewujudkan budaya perkhidmatan awam yang berintegriti, bebas rasuah dan beretika kepada masyarakat awam serta pemegang taruh 'stakeholders'.
Tekan pautan ini rujukan PELAN OACP MPKj 2022-2026 :
https://anyflip.com/twyuw/zhzp/
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: