CUBAAN BELI EMAS GUNA WANG PALSU RM30RIBU GAGAL‼️LELAKI NAIK AXIA DICARI
Автор: NuR MuHD
Загружено: 2025-12-18
Просмотров: 34189
CUBAAN BELI EMAS GUNA WANG PALSU RM30RIBU GAGAL ‼️ SUSPEK BERKERETA AXIA DICARI
tonton di sini : • CUBAAN BELI EMAS GUNA WANG PALSU RM30RIBU ...
Kemaskini :
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang mahu membeli barangan kemas bernilai RM30,000 dengan menggunakan wang palsu di sebuah kedai emas di Chabang Tiga di Kuala Terengganu, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata suspek yang berusia lingkungan 30-an datang bersendirian ke kedai itu pada 3.10 petang dengan memakai kopiah putih, bercermin mata hitam dan pelitup muka merah jambu.
Beliau berkata suspek meminta jurujual berusia 36 tahun untuk menunjukkan beberapa gelang emas dan mengambil gambar atas alasan mahu ditunjukkan kepada isteri, sebelum menyatakan hasrat hendak membeli barangan kemas itu selepas dua kali keluar masuk kedai.
“Jurujual meminta suspek menyerahkan wang untuk dikira dan lelaki itu menyerahkan duit diikat bentuk bungkusan di dalam beg plastik kuning,” katanya dalam kenyataan di Kuala Terengganu hari ini.
Azli berkata jurujual yang berasa curiga kerana bahagian tepi wang itu berwarna putih cuba memeriksa wang tersebut sehingga berlaku insiden tarik-menarik dengan suspek.
Beliau berkata suspek yang menyedari taktik itu terbongkar bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Perodua Axia biru gelap yang berada di hadapan kedai.
“Semakan mendapati nombor pendaftaran kenderaan itu palsu. Polis sedang mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis terlibat serta kedai berhampiran untuk siasatan lanjut,” katanya.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan iaitu menggunakan wang palsu.
📌Duit palsu boleh sorok,
tapi gelagat tak boleh menyorok.
Benda ni sama penting macam cctv 👉https://s.shopee.com.my/1VsGK2wSmb
Ingat orang tengok depan je?
Belakang, tepi, atas semua nampak
#BeritaViral
#KesJenayah
#DuitPalsu
#KedaiEmas
#JenayahKewangan
#KualaTerengganu
#Terengganu
#CCTV
#KesPolis
#Waspada
#ScamAlert
#JenayahMalaysia
#BeritaSemasa
#ViralMalaysia
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: