Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
dTub
Скачать

🔴 EP 2: Pembuatan Penganan Semut Tradisional Yang Menggunakan Alatan Moden

Автор: Monet Vlog

Загружено: 2023-05-16

Просмотров: 36818

Описание:

Kuih Penganan Semut (Kuih Sarang Semut) ataupun lebih dikenali sebagai Kuih Jala adalah merupakan kuih tradisional yang sangat popular di Sarawak terutamanya ketika Hari Gawai dan Krismas.

Kuih ini boleh didapati dengan mudah ketika anda berkunjung ke rumah panjang untuk meraikan sambutan Hari Gawai. Penganan Semut ini berbeza dengan kuih jala di Semenanjung Malaysia. Ianya versi kuih jala, namun ia ranggup. Ketelitian dan kesabaran amat diperlukan ketika proses pembuatannya.

Kuih Penganan Semut diperbuat dari tepung beras dan ianya berbentuk jaringan halus seperti bihun namun rangup dan manis dari segi rasa. Ia memiliki bentuk separuh bulan atau segitiga apabila dilipat atau digulung. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya terdiri daripada tepung beras, tepung jagung, santan, gula, gula apong Sarawak dan air kapur sirih dicampur bersama dengan air sehingga menjadi adunan yang sebati. Air kapur sirih berfungsi untuk menambah kerangupan kuih penganan semut namun ianya hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja untuk mengelakkan kuih penganan semut daripada rasa pahit.

Cara pembuatannya adalah dengan mengirai adunan tepung cair menggunakan acuan khas. Di rumah panjang, masyarakat Iban yang membuat kuih penganan semut menggunakan kaedah tradisional iaitu tempurung kelapa yang mempunyai lubang halus, diketuk secara berterusan dan digerakkan dalam beberapa pusingan/bulatan (satu arah) dalam minyak yang panas sehingga menjadi kuning keemasan. Selepas itu ianya boleh dilipat atau digulung dan diangkat untuk ditoskan serta disimpan di dalam bekas kedap udara.

Pada masa kini terdapat alatan untuk mengirai penganan semut yang lebih moden dijual di pasaran iaitu diperbuat daripada plastik yang berbentuk seperti corong dan berlubang sama seperti tempurung kelapa. Dalam video ini, saya menggunakan alatan yang diperbuat dari plastik kerana saya tidak mempunyai alatan tradisional iaitu tempurung kelapa. Namun hasilnya dan rasanya tetap sama seperti penganan semut yang asli.

Sama seperti pembuatan kuih tradisional Iban yang lain, pembuat kuih ini haruslah sentiasa menjaga tutur kata semasa membuat kuih kerana dipercayai kuih ini mempunyai pantang larang dalam pembuatannya. Walaupun hanya mitos dalam kepercayaan masyarakat Iban namun sehingga ke hari ini, pantang larang tersebut sentiasa menjadi peringatan untuk orang membuatnya.


Bahan-bahan:

500g Tepung Beras
400g Tepung Jagung
1 cawan Gula
1/2 cawan Gula Apong Sarawak
1 paket Santan (serbuk)
1 sudu teh Air Kapur Sirih
Air
Minyak (untuk menggoreng)

📝 Kuantiti gula dan gula apong boleh ditambah lagi jika anda mahukan adunan yang lebih manis.

Cara penyediaan:

Kesemua bahan di atas dicampurkan bersama dalam bekas untuk mendapatkan adunan tepung yang cair. Air yang digunakan haruslah dalam kuantiti yang sedikit dan untuk menentukan adunan mempunyai kepekatan yang betul adalah dengan mencuba untuk menariknya ke atas menggunakan tangan, jika adunan itu tidak putus bermakna kepekatan adunan itu betul dan boleh mulakan untuk mengirai tepung tersebut. Kuih penganan semut yang siap digoreng perlu ditoskan minyak terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!!
Jangan lupa like, comment, share and subscribe channel Monet Vlog ❤️😉


#kuihtradisional #MonetVlog #penganansemut #resepikuihkaras #resepikuihjala #dayakborneo #dayakiban #selamatharigawaidayak #borneo #ibanvlog #sarawakfood #sarawakian #sarawakianyoutuber #sarawak #malaysia


Music by:    / @avianjohansson5672  
Taboh Iban    • Taboh Iban  

🔴 EP 2: Pembuatan Penganan Semut Tradisional Yang Menggunakan Alatan Moden

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео mp4

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио mp3

Похожие видео

KUIH JALA/SARANG SEMUT l KUIH TRADISIONAL KAUM IBAN DI SARAWAK l E102 #kuihjala #kuihtradisi #2024

KUIH JALA/SARANG SEMUT l KUIH TRADISIONAL KAUM IBAN DI SARAWAK l E102 #kuihjala #kuihtradisi #2024

Без муки! Без сахара! Просто смешайте овсяные хлопья с яблоком и бананом - Овсяное домашнее пирожное

Без муки! Без сахара! Просто смешайте овсяные хлопья с яблоком и бананом - Овсяное домашнее пирожное

Resepi kuih penyaram😍.. pasti jadi👍#kuihpenyaram

Resepi kuih penyaram😍.. pasti jadi👍#kuihpenyaram

Buat kuih sepit A to Z

Buat kuih sepit A to Z

resep krengsengan hati dan rempelo ayam

resep krengsengan hati dan rempelo ayam

Kuih Orang Lama Hanya Guna 3 Bahan / KUIH KARAS Tips KUIH KARAS CANTIK DAN RANGUP

Kuih Orang Lama Hanya Guna 3 Bahan / KUIH KARAS Tips KUIH KARAS CANTIK DAN RANGUP

SARANG SEMUT,KUIH DAYAK VIRAL

SARANG SEMUT,KUIH DAYAK VIRAL

Cara Membuat Kue || kue rambut ||Makanan Khas Alor_Part II

Cara Membuat Kue || kue rambut ||Makanan Khas Alor_Part II

Resepi Kuih Cek Mek Kecil Molek, SEKALI NGAPP!! TEKSTUR KEKAL LEMBUT

Resepi Kuih Cek Mek Kecil Molek, SEKALI NGAPP!! TEKSTUR KEKAL LEMBUT

Снимаю Шляпу Перед Тем Кто Придумал Этот Рецепт! Век  Живи Век Учись!

Снимаю Шляпу Перед Тем Кто Придумал Этот Рецепт! Век Живи Век Учись!

Жириновский предсказал, когда завершится война в Украине —и всё идёт по его плану!

Жириновский предсказал, когда завершится война в Украине —и всё идёт по его плану!

Kuih Raya Tradisional - Kuih Karas | MHI (9 April 2023)

Kuih Raya Tradisional - Kuih Karas | MHI (9 April 2023)

Cara membuat kuih sarang semut@kuih jala@kuih karas menggunakan sukatan yang betul dan tepat.

Cara membuat kuih sarang semut@kuih jala@kuih karas menggunakan sukatan yang betul dan tepat.

kerepek gunting yang rangup dar cikgu zalinah

kerepek gunting yang rangup dar cikgu zalinah

Почему я раньше так не готовила? Я не устаю их готовить! Дешево и безумно вкусно.

Почему я раньше так не готовила? Я не устаю их готовить! Дешево и безумно вкусно.

Пирог «Джала/Муравьиное гнездо/Кара»

Пирог «Джала/Муравьиное гнездо/Кара»

KUIH SEPIT l KUIH TRADISIONAL KAUM IBAN DI SARAWAK l E96 #kuihsepit #kuihtradisi #gawai2023 #2024

KUIH SEPIT l KUIH TRADISIONAL KAUM IBAN DI SARAWAK l E96 #kuihsepit #kuihtradisi #gawai2023 #2024

Kuih Tradisional Hari Gawai Dayak Di Sarawak .Penganan Jala Ranggup #gawai2023 #masakandayak

Kuih Tradisional Hari Gawai Dayak Di Sarawak .Penganan Jala Ranggup #gawai2023 #masakandayak

RAHSIA BAHULU TRADISI 3 BAHAN! Gebu, Lembut Tanpa Agen Penaik | Tips Turun Temurun

RAHSIA BAHULU TRADISI 3 BAHAN! Gebu, Lembut Tanpa Agen Penaik | Tips Turun Temurun

CARA BUAT KUIH BUAH ROTAN PALING SIMPLE DAN SEDAP

CARA BUAT KUIH BUAH ROTAN PALING SIMPLE DAN SEDAP

© 2025 dtub. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: [email protected]