🇸🇦 Ziarah Taif City Tour by Coaster Part 1 : Masjid Ibnu Abbas and Masjid Ku
Автор: mc noroi
Загружено: 2022-05-21
Просмотров: 1348
Ziarah Taif ini adalah aktiviti tambahan/option bagi jemaah kami.
Memandangkan jaraknya yang agak jauh dari kota Makkah, ramai jemaah tidak mengikut kerana mereka ingin lebih fokus beribadah di MasjidilHaram.
Jadi jumlah jemaah yang berminat tidak sampai 15 orang dan trip terpaksa dibatalkan.
Walaubagaimanapun disaat-saat terakhir pihak pengurusan berbesar hati menyewa coaster untuk menyempurnakan harapan kami. Harga tambang 120 rial termasuk makan tengahari. Alhamdulillah.
Jarak Makkah ke Taif lebih kurang 90km dan perjalanan kami mengambil masa 1 jam 40 minit.
Penonton boleh menyaksikan perubahan pemandangan di sepanjang perjalanan. Bermula dari batu dan padang pasir sehingga ke tanah tinggi Taif yang subur kehijauan.
Tempat pertama yang kami singgah adalah Masjid Abdullah bin Abbas iaitu sepupu merangkap sahabat Nabi. Abdullah atau dikenali juga sebagai Ibnu Abbas merupakan perawi hadis kelima selepas Saidatina Aisyah dan meriwatkan lebih 1600 hadis. Boleh baca details di link di bawah.
https://www.cnnindonesia.com/gaya-hid...
https://berita.pas.org.my/kisah-sahab...
Tempat kedua kami ke Masjid Ku. Tempat di mana Rasulullah berhenti rehat ketika dikejar bani Thaqif. Masjid ini mendapat nama siku disebabkan terdapat kesan lekuk di batu ketika Rasulullah berteleku dengan siku Baginda. Boleh baca details di link di bawah:
https://harrizam.blogspot.com/2018/06...
Teruskan perjalanan Taif kami di video seterusnya.
#taif
#saudiarabia
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: