Winter trip to Busan
Автор: Travelog 13A
Загружено: 2025-07-27
Просмотров: 146
“I hate this country!”
Itu yang terpacul keluar dari mulut salah seorang daripada kami dalam speedtrain dari Seoul ke Busan, sehari selepas tiba di Korea Selatan. Dia bertekak dengan salah seorang staf speedtrain pasal ruang simpanan luggage.
Masalah komunikasi menyukarkan kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian. Kami cuba menerangkan kepadanya tapi dia langsung tidak boleh berbahasa Inggeris.
Sudahnya, macam itik dengan ayam bercakap.
Seperkara lagi, dalam speedtrain, semua penumpang senyap. Masing-masing buat hal, membuatkan kami lagi hilang mood.
Namun, perasaan negatif itu kian hilang selepas bertemu tourist guide kami, B.K. Dia berkongsi banyak cerita menarik tentang Busan.
Sekembalinya ke Seoul, banyak lagi tempat kami jelajah dan ramai lagi orang kami bertemu. Sudahnya, kami mula jatuh cinta dengan Korea Selatan.
Nantikan video pengembaraan kami di Seoul.
Annyeonghaseyo.
#korea #busan #wintertrip #malaysiantraveller
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: