Deepavali Naalvalthukaal
Автор: Mohd Rafizi bin Ramli
Загружено: 2025-10-19
Просмотров: 8716
Selamat Menyambut Deepavali,
Deepavali Naalvalthukaal kepada semua yang merayakannya.
Setiap perayaan memberi kegembiraan, selalunya kerana ia mengingatkan kita kepada seseorang - ibu bapa, keluarga, kenalan.
Selain dari ramai kawan-kawan berketurunan India yang saya ada, Deepavali selalu mengingatkan saya kepada beberapa orang guru.
Cikgu berketurunan India yang saya ada adalah seorang guru bahasa Inggeris semasa saya darjah dua, namanya Miss Angeline.
Kalau cikgu menonton, cikgu pernah mengajar saya di Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman tahun 1985 dulu.
Kemudian guru-guru berketurunan India yang saya jumpa di MCKK dulu.
Yang paling legend, seorang warden bernama Mr Purushotanam Panicker. Dia guru bahasa Inggeris dan juga sportsman - semua dia main dan dia coach.
Ada 2 cerita legend dia.
Satu: dia suka berpantun.
Pernah sekali, sebelum merotan budak-budak, dia bagi pantun:
“Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya kena juga” (diikuti dengan piap piap ha3).
Satu lagi, masa dia bertugas jadi warden, waktu itu dah lights off tapi ada lagi budak main-main tak tido lagi.
Ada sorang budak kantoi, Mr Puru dah dekat dan dia tak tahu nak buat apa. Terus ambil sejadah dan berpura-pura sembahyang.
Mr Puru lalu saja dan tak buat apa-apa. Padahal budak tu solat pakai seluar pendek ha3.
Sekarang Mr Puru dah lama bersara, saya dikhabarkan beliau duduk di Selayang.
Sorang lagi cikgu ialah Miss Esther Daniel, dia cikgu biology legend. Saya tak sempat dengan Miss Esther sebab dia dah jadi pensyarah masa saya Tingkatan 4.
Dia sangat baik dan penyabar dengan budak-budak, sentiasa tersenyum.
Sekarang Miss Esther dah jadi Dr Esther Daniel dan bertugas sebagai professor di UM rasanya, kalau tak pun dah bersara.
Sorang lagi cikgu ialah Mr Thamam Singh, ni cikgu yang antara paling fit saya pernah jumpa. Pukul 5 pagi dia dah mula jogging satu bandar.
Saya pernah kena cubit perut dengan dia masa saya Form 3 sebab main-main dalam bengkel seni perusahaan dia.
Dia pun bersara masa saya Form 4, tapi kami jadi rapat selepas saya jadi old boy.
Saya dan kawan-kawan ambil tanggungjawab uruskan pasukan hoki MCKK tahun 2006 hingga 2012, sebab masa tu tak de cikgu MCKK yang main hoki.
Kami perlukan seorang coach yang duduk di situ sebab susah nak manage remote control dari KL.
Kami pujuk Mr Thamam, masa tu umur dia dah dekat 70 tahun. Kami tak bayar dia apa-apa.
Dia setuju, tiap-tiap hari dia ada kat padang coach budak-budak Melayu yang tak de kena mengena dengan dia, satu sen pun dia tak dapat.
Mr Thamam duduk dekat Kuala Kangsar, dah bersara lebih 30 tahun.
Bila perayaan seperti Deepavali datang, ia mengingatkan saya kepada kebaikan orang dan persaudaraan sesama manusia.
Itulah cahaya yang dibawa; dari rasa kasih sesama kita yang dicipta berlainan agar kita saling mengenali dan berbuat baik.
Selamat menyambut Deepavali kepada semua.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: