KENDURI RAYA | Jabatan Sains Sosial
Автор: Mr.Adie
Загружено: 2022-05-18
Просмотров: 127
Kemeriahan sambutan Aidilfitri pada tahun ini amat disyukuri dan berbeza dengan suasana tahun-tahun lepas di mana kita semua telah diuji dengan pandemik Covid-19. Pada tahun ini, kita berpeluang meraikannya bersama keluarga dan sanak saudara serta meneruskan tradisi kunjung-mengunjungi untuk mengeratkan tali silaturrahim.
Syukur Alhamdulillah, Raya tahun ini (2022) kami dari Jabatan Sains Sosial, MRSM Kuantan mengadakan Kenduri Raya buat julung kalinya, melalui kenduri ini kami bergotong-royong menyediakan bahan-bahan, mencari kayu api, buluh dan sebagainya. Seterusnya kami memasak & membakar lemang. Sesungguhnya ini merupakan pengalaman paling manis untuk kami, semoga di masa akan datang, kami dapat mengadakan kenduri ini lagi, InsyaAllah
Terima kasih tidak terhingga kepada tuan rumah iaitu Cikgu Norshihaton (Guru PJPK), Semoga sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT, Aamiin
Semoga lebaran kali ini membuka pintu kebahagiaan dan kemakmuran buat kita semua. Raikan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran
Satu syawal menjelang tiba, Takbir bergema mengegarkan jiwa, Sekiranya ada salah dan dosa, Ampun dipinta dihari mulia,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: