FESTIVAL NASYID MAKUM 2011 (DECTAR UKM, 8.00 MLM)
Автор: daud zakaria
Загружено: 2012-11-14
Просмотров: 2490
Video-video lain terdapat di ;
/ thedaudzakaria
Blog:
http://studiouniversiti.blogspot.com/
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) menganjurkan Festival Nasyid MAKUM 2011. Acara ini disertai oleh 16 buah IPTA seluruh Malaysia bagi merebut gelaran johan dan membawa pulang RM2,000.00.
Bagi lebih mengenal dan mengekalkan warisan budaya bangsa ini dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam khususnya, Festival Nasyid MAKUM 2011 ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat dan kreativiti pelajar dalam membudayakan nasyid sebagai khazanah warisan budaya.
OBJEKTIF
1. Menyediakan medium yang berupaya menyalurkan serta merealisasikan gagasan 1 Malaysia melalui suntikan rasa kecintaan para pelajar terhadap bidang seni budaya dengan mengenali dan mendalami nasyid melalui pencampuran mahasiswa dari pelbagai IPTA.
2. Merealisasikan visi dan misi universiti dalam melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berpotensi untuk terus maju melalui sistem pembelajaran sepanjang hayat.
3. Menampil serta mempromosikan nasyid di kalangan pelajar dari IPT seluruh negara.
4. Memupuk sifat kerjasama, tolak ansur dan muafakat di kalangan pelajar yang berbeza dari segi latar belakang dan budaya melalui kerja berkumpulan serta membentuk semangat berpasukan.
5. Menggalak, memperkembang dan memartabatkan seni nyanyian nasyid sebagai warisan kebudayaan bangsa yang wajar dipelihara agar dapat dinikmati dan dihayati oleh generasi pada masa hadapan.
6. Mewujudkan jalinan persefahaman, perpaduan, perkongsian dan kerjasama erat antara institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia menerusi program kesenian dan kebudayaan.
Penyertaan:
1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
4. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
5. Universiti Sains Malaysia (USM)
6. Universiti Utara Malaysia (UUM)
7. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
9. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
10. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
11. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
12. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
13. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
14. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
15. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
16. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Rakaman video telah dibuat oleh;
PENERBIT
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: