Perutusan Naib Canselor UPM 2025 : Menjulang Kesohoran, Memaknai True North UPM
Автор: Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS)
Загружено: 2025-03-10
Просмотров: 121
#UPMKBMansang
PERUTUSAN NAIB CANSELOR UPM 2025: MENJULANG KESOHORAN, MEMAKNAI TRUE NORTH UPM
Bintulu, 13 Februari 2025 – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Perutusan Naib Canselor bagi tahun 2025 yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah di Dewan Sri Kenyalang, UPM Kampus Bintulu (UPMKB). Perutusan ini bertemakan "Menjulang Kesohoran, Memaknai True North UPM", yang memberi penekanan terhadap hala tuju universiti dalam memperkasa kecemerlangan akademik, penyelidikan, inovasi, dan sumbangan kepada masyarakat.
Dalam amanatnya, Naib Canselor menegaskan kepentingan memperkukuh kedudukan UPM sebagai institusi pendidikan tinggi yang berdaya saing di peringkat global. Beliau turut menggariskan 5 Strategi Utama UPM 2025 iaitu :
1️⃣ Impak Masa Hadapan melalui Rangka Kerja Strategik True North UPM.
2️⃣ Bakat Berimpak, Berkeupayaan Tinggi & Berisiko Rendah untuk Peningkatan Produktiviti.
3️⃣ Pendekatan Agresif Melalui Kelestarian Kewangan bagi Hasil Lebih Baik.
4️⃣ Pelaksanaan Program Khusus yang berimpak tinggi.
5️⃣ Mempertingkatkan Kedudukan dan Reputasi UPM.
Selain itu, UPM akan terus memberi tumpuan kepada memperkasakan kebolehpasaran graduan melalui program akademik yang relevan dengan keperluan industri serta memperhebat kerjasama dengan pihak industri dan komuniti. Naib Canselor turut menekankan kepentingan nilai integriti, kecemerlangan dan kepimpinan dalam kalangan warga universiti bagi memastikan UPM terus unggul dan dihormati.
Perutusan ini telah mendapat sambutan yang baik daripada warga UPM dan UPMKB, yang hadir bagi mendapatkan pencerahan mengenai hala tuju universiti pada tahun ini. Dengan semangat True North UPM, universiti bertekad untuk terus menjulang kesohoran dalam semua bidang demi manfaat negara dan masyarakat sejagat.
Pada majlis itu juga turut diadakan penyerahan Dana Wakaf Projek Pemerkasaan Pembangunan Infrastruktur Masjid dan Pusat Islam UPMKB, Sumbangan Mangsa Banjir UPMKB, Bantuan Zakat Persekolahan Anak Staf UPM serta Bantuan Sara Diri, Yuran Pengajian, Latihan Industri dan Program Pelajar UPM.
#UPM
#UPMKB
#BerilmuBerbakti
#WithKnowledgeWeServe
#UniversityForSociety
#PertanianUntukRakyat
#KecemerlanganUPMKB
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: