Penyerahan Bendera Kontinjen UPNM ke Sukan Kakitangan Universiti Malaysia (SUKUM) Ke-45 2024
Автор: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Загружено: 2024-08-07
Просмотров: 266
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN UPNM KE SUKAN KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA (SUKUM) KE-45, 2024
7 Ogos 2024 - Pagi tadi, YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor telah menyempurnakan simbolik penyerahan bendera UPNM kepada kepada Kontinjen UPNM yang diwakili oleh Puan Fazielah binti Mohamad, Pendaftar selaku Ketua Kontinjen UPNM ke kejohanan SUKUM Ke-45 2024 yang bakal berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 8 hingga 17 Ogos 2024. Kontinjen UPNM terdiri daripada 29 orang atlet dan diiringi oleh 2 orang pegawai yang akan bertanding dalam 4 jenis acara sukan iaitu footgolf, tenpin boling, golf dan olahgara. Seluruh warga UPNM mendoakan agar kontinjen UPNM mampu melakar prestasi terbaik serta meraih pingat dalam acara yang disertai.
Selamat maju jaya dan sukses kepada tim UPNM!
#UPNMSharing
#MalaysiaMADANI
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: