SETIAP IMPAN ADA PELUANG[HD]
Автор: OfficialUMK
Загружено: 2025-09-13
Просмотров: 22
SETIAP IMPAN ADA PELUANG
Hari ini, Naib Canselor UMK, YBrs. Prof. Ir. Ts. Dr. Arham bin Abdullah, telah meluangkan masa menghubungi Saudara Abdul Hafiz bin Abd Rahman, anak muda dari Pekan, Pahang yang hampir menolak tawaran ke UMK kerana kekangan kewangan.
Sdr Hafiz dibesarkan dalam keluarga sederhana. Ayahnya seorang petani, ibunya seorang suri rumah dan beliau merupakan anak keempat daripada sebelas beradik. Dengan kelayakan STAM, Sdr Hafiz menyimpan cita-cita besar untuk bergelar seorang Chartered Accountant. Menyedari keadaan kewangan keluarga yang tidak mengizinkan, Sdr Hafiz hampir berundur.
Namun, tindakan pantas pihak pengurusan universiti melalui Naib Canselor yang menghubungi Sdr Hafiz telah memberi sinar baharu.
Dalam perbualan itu, Naib Canselor menegaskan bahawa masalah kewangan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada masa depan yang cerah. UMK sentiasa bersedia mencari jalan agar pelajar tidak tercicir daripada menuntut ilmu. Sdr Hafiz tahu, hanya ilmu yang mampu mengubah dirinya dan keluarganya.
Alhamdulillah, hasil dorongan dan nasihat tersebut, Sdr Hafiz kini bertekad untuk mendaftar di UMK pada 21 September ini. Semoga Sdr Hafiz diberikan kekuatan untuk menempuh perjalanan baharu ini, diiringi doa restu kedua ibu bapa serta seluruh keluarga yang sentiasa mendambakan kejayaannya.
Kepada bakal pelajar yang telah mendapat tawaran menyambung pengajian di UMK, jangan khuatir soal kewangan. Datang UMK sentiasa bersedia membantu pelajar yang tidak berkemampuan.
📞 Hubungi dan dapatkan khidmat nasihat melalui:
En. Mohd Adli : 09-779 7424 / 013-532 5599 / [email protected]
En. Muhammad Shafie : 09-779 7428 / 011-1456 2039 / [email protected]
Kementerian Pendidikan Tinggi
Naib Canselor UMK
Pejabat TNCAA UMK
My HEPA UMK
Pejabat Tncpi Umk Rasmi
#OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #UMK4U1Hati1Jiwa #SetiapImpianAdaPeluang
Kita #BinaLegasiUMK Bersama
#OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity #vcumk #WeAreUMKFamily #OneUMKOneDream
*Like Facebook Rasmi UMKTV :
/ umktv.umk
*Subscribe Youtube Chanel UMKTV:
/ umktvumk
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: