30.9.2025- Majlis Perpisahan Ayyubi (1)
Автор: Aiman Zahidi
Загружено: 2025-09-30
Просмотров: 61
Majlis ini telah disediakan oleh murid-murid 5 Al-Biruni sendiri.
Andai suatu hari nanti Ayyubi membaca kembali catatan ustaz ini, ketahuilah bahawa Ayyubi merupakan seorang murid yang sangat baik – tidak pernah melawan, tidak pernah meninggikan suara, dan sentiasa berusaha menunjukkan akhlak yang terpuji. Allah telah mengurniakan kelebihan kepada Ayyubi dengan ingatan yang baik dalam menghafaz al-Quran.
Ustaz pernah meninggalkan kelas seketika dan meminta Ayyubi menggantikan tempat ustaz untuk menyemak beberapa hafazan rakan-rakan. Itu menjadi antara bukti amanah dan kepercayaan ustaz terhadap Ayyubi.
Semoga di mana sahaja Ayyubi berada, ustaz sentiasa mendoakan kejayaanmu. Hingga kita bertemu lagi, insya-Allah.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: