Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
dTub
Скачать

Sejarah putrajaya,dari kampung terpencil bernama prang Besar.

Автор: Nordin Hock

Загружено: 2024-03-01

Просмотров: 1910

Описание:

#putrajaya #prangBesar#sepang
Sejarah Putrajaya bermula dari sebuah tempat atau kampung terpencil dengan nama Prang Besar. Kampung ini berdekatan dengan Jenderam Hilir yang sekarang bersebelahan dengan Putrajaya. Prang Besar berasal dari nama seorang ketua kampung (orang asli) yang sanggup berperang dengan orang cina bintang tiga yang mahu merampas tanah orang asli bagi membina sebuah kem. Tentera bintang tiga telah membuat hura hara bagi mencapai hasratnya untuk mendapatkan tanah ini. Malangnya, tentera bintang tiga telah tertumpas kerana mereka tidak tahu yang sebenarnya ketua kampung ini seorang tok batin yang mempunyai ilmu harimau tanah hitam. Ilmu tersebut sangat kuat yang boleh menjatuhkan musuh dengan mudah. Mereka dikalahkan hanya menggunakan parang serta ilmu tersebut. Lalu tok batin mengusir tentera bintang tiga ini dari kampungnya. Begitulah serba sedikit mengenai asal dimana sejarah Putrajaya tercipta ditambah pula dengan maksud disebalik nama Putrajaya. 'Putra' dipilih sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nama ini telah ditambah dengan perkataan 'jaya' yang bermaksud 'kecemerlangan'. Maka terjadilah Putrajaya yang anda ketahui sekarang.

Putrajaya melonjak membangun mulai 12 Oktober 1994. Ia dibangunkan oleh anak jati Malaysia sendiri berbanding Kuala Lumpur yang menjadi bandar tinggalan penjajah pada masa dahulu. Putrajaya yang dibina bercirikan budaya tempatan untuk tidak lupa akan warisan Malaysia.

Putrajaya telah menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan baru yang selama ini terletak di Kuala Lumpur yang sangat sesak dan pesat pada ketika itu. Ini juga merupakan salah satu faktor perpindahannya untuk mengurangkan kesibukan di Kuala Lumpur. Pembangunannya juga sejajar dengan polisi kerajaan untuk menyediakan pembangunan yang lebih seimbang dan efisien daripada sebelumnya. Kewujudan Putrajaya mencatatkan sejarah baru buat Malaysia dalam pembinaan bandaraya yang sangat moden tetapi masih mengekalkan ciri-ciri dan budya tempatan.

Selain itu, Putrajaya merupakan bandar contoh yang disertai taman yang lengkap dengan jaringan informasi berdasarkan teknologi multimedia yang serba canggih. Ia juga berdekatan dengan bandar Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Sangat memudahkan bagi mereka yang mencari tempat ideal merangkumi tempat pekerjaan, penempatan, bersukan dan juga pelbagai aktiviti rekreasi. Putrajaya menjanjikan kehidupan yang selesa dan berkualiti kepada penduduknya.

Kerja pembinaan bermula pada bulan Ogos 1995 dan telah diiktiraf sebagai projek 'real-estate' terbesar di Malaysia, malah di Asia Tenggara. Projek ini dijangka selesai pada tahun 2010. Pekerja-pekerja kontrak telah bertungkus lumus untuk menyiapkan fasa pertama Putrajaya yang dijadualkan siap pada minggu pertama bulan Jun 1999. Proses pembinaan Putrajaya dilaksanakan oleh tenaga kerja rakyat Malaysia sendiri begitu juga dengan bahan-bahan yang digunakannya. Hanya 10% sahaja diimport dari luar negara. Dalam tempoh 15 tahun, bandaraya ini akan siap sepenuhnya.

pelbagai tempat menarik yang ada di Putrajaya

Kini, Putrajaya menjadi antara tempat bersejarah bagi Malaysia. Ini kerana Putrajaya merupakan lokasi yang sangat menarik dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti pusat sukan dan rekreasi, pendidikan, pusat membeli-belah, lebuh raya, pengangkutan, pelancongan serta pejabat-pejabat kerajaan yang selama ini berpusat di Kuala Lumpur. Malaysia harus berbangga dengan mempunyai lokasi seperti Putrajaya yang merupakan bandar moden dan maju seiring dengan negara luar.

Sejarah putrajaya,dari kampung terpencil bernama prang Besar.

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео mp4

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио mp3

Похожие видео

RETROSPEKTIF : SUASANA MALAYSIA N0. 3 'TUGU PERINGATAN NEGARA (1966)

RETROSPEKTIF : SUASANA MALAYSIA N0. 3 'TUGU PERINGATAN NEGARA (1966)

RETROSPEKTIF : PERASMIAN DATARAN MERDEKA DAN PELANCARAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA (1990)

RETROSPEKTIF : PERASMIAN DATARAN MERDEKA DAN PELANCARAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA (1990)

1 Sept - MEMORIAL  TUNKU ABDUL RAHMAN [Siri 1] - Laporan Solmi Ahmad Saufi

1 Sept - MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN [Siri 1] - Laporan Solmi Ahmad Saufi

Muzium Sultan Alam Shah Ada 5 Balai Pameran

Muzium Sultan Alam Shah Ada 5 Balai Pameran

RETROSPEKTIF : MERDEKA FOR MALAYA (KEMERDEKAAN MALAYA) (1958)

RETROSPEKTIF : MERDEKA FOR MALAYA (KEMERDEKAAN MALAYA) (1958)

[FULL] Kapsul Masa (2022) | Episod 6 - Yang Dipertuan Agong Yang Pertama

[FULL] Kapsul Masa (2022) | Episod 6 - Yang Dipertuan Agong Yang Pertama

Inside the Snake Leather Factory – Full Process How Luxury Jackets Are Made

Inside the Snake Leather Factory – Full Process How Luxury Jackets Are Made

MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN KEDAH SIMPAN SEJARAH KEMERDEKAAN NEGARA [1 Feb 2015]

MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN KEDAH SIMPAN SEJARAH KEMERDEKAAN NEGARA [1 Feb 2015]

Lukashenko Issues Stark Warning: “Time For Excuses Is Over, Belarus Will Act Aggressively” | APT

Lukashenko Issues Stark Warning: “Time For Excuses Is Over, Belarus Will Act Aggressively” | APT

Recycling Cruise ships into? Manufacturing Process of Leaf Springs Hangers // Mass Production

Recycling Cruise ships into? Manufacturing Process of Leaf Springs Hangers // Mass Production

EduwebTV: SEJARAH Tingkatan 5 - Carcosa Seri Negara

EduwebTV: SEJARAH Tingkatan 5 - Carcosa Seri Negara

How Camel Bone is Processed for Luxury Furniture Inlays – Inside the Modern Workshop ( Full Process)

How Camel Bone is Processed for Luxury Furniture Inlays – Inside the Modern Workshop ( Full Process)

❗❗ ЕДИНСТВО для Украины: ЕС удивил РЕШИТЕЛЬНОЙ позицией в поддержке Киева

❗❗ ЕДИНСТВО для Украины: ЕС удивил РЕШИТЕЛЬНОЙ позицией в поддержке Киева

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-10

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-10

Siapa Yang L3tup dan jatuhkan Tugu Negara?

Siapa Yang L3tup dan jatuhkan Tugu Negara?

PARTYJNY HAREM: 10 gwiazd PRL, które OBSŁUGIWAŁY partyjną elitę

PARTYJNY HAREM: 10 gwiazd PRL, które OBSŁUGIWAŁY partyjną elitę

Memorial Negarawan Tun Jugah

Memorial Negarawan Tun Jugah

💥 РФ – в формате войны против Украины и Запада!

💥 РФ – в формате войны против Украины и Запада! "Замирение" этого не изменит!

💥 Безопасность для Украины должна иметь четкий механизм сдерживания РФ

💥 Безопасность для Украины должна иметь четкий механизм сдерживания РФ

Шокирующая пресс-конференция Путина! Вопросы загнали его в угол! Публичный позор! | News ДВЕСТИ

Шокирующая пресс-конференция Путина! Вопросы загнали его в угол! Публичный позор! | News ДВЕСТИ

© 2025 dtub. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: [email protected]