ABPBH37: Alleycats Terima Anugerah Pencapaian Hayat, Lima Dekad Cipta Nama di Persada Muzik Malaysia
Автор: backstagetv
Загружено: 2025-12-12
Просмотров: 464
Bahang ABPBH 37 makin terasa bila Calon Top 10 diumumkan termasuk Sophia Albarakbah dan Amir Masdi. Undian Top 20 dari 25 September hingga 14 Oktober 2025 berakhir dengan malam kemuncak yang meriah di Hotel Premiera. Peminat memenuhi kawasan hotel walaupun hujan lebat, ada yang datang seawal 3 petang untuk menyokong artis kesayangan. The Nizers kembali aktif selepas lima tahun menyepi, hadir memberi sokongan kepada Emma Maembong, Sweet Qismina, Adam Lee dan Wany Hasrita. Peminat Anna Jobling pula tampil dengan pakaian seragam hijau atas permintaan artis itu sendiri.
Majlis bertema SATU Keunggulan dan disiarkan secara langsung di TV3 serta platform digital. Shiha Zikir dan Raja Azura mengendalikan acara dengan pelbagai momen yang dinantikan peminat. Ernie Zakri menjadi tumpuan apabila bukan sahaja menang Penyanyi Wanita Popular, tetapi turut merangkul gelaran Bintang Paling Popular dengan lebih 124 juta undian. Alleycats turut menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka.
ABPBH 37 sekali lagi membuktikan sokongan luar biasa peminat terhadap industri hiburan tanah air.
Senarai pemenang ABPBH 37:
Penyampai Radio Popular: Haiza (Kool FM)
Artis Berkumpulan/Kolaborasi/Duo Popular: KRU
Artis Baharu Lelaki Popular: Jazmy Juma
Artis Baharu Wanita Popular: Umai Umairah
Penyanyi Lelaki Popular: Hael Husaini
Penyanyi Wanita Popular: Ernie Zakri
Aktor Pembantu Filem Popular: Adam Lee
Aktres Pembantu Filem Popular: Heliza Helmi
Aktor Filem Popular: Fattah Amin
Aktres Filem Popular: Sweet Qismina
Artis Kontroversi Popular: Fattah Amin
Gandingan Filem Serasi: Iedil Dzuhrie Alaudin & Emma Maembong (Jangan Pandang Belakang 2)
Gandingan Drama Serasi Popular: Shukri Yahaya & Anna Jobling
Aktor Pembantu TV Popular: Nazim Othman
Aktres Pembantu TV Popular: Raja Azura
Aktor TV Popular: Zahiril Adzim
Aktres TV Popular: Emma Maembong
Artis Komedi Popular: Joey Daud
Lagu Paling Boom: Amir Masdi - Nurcinta
Pengacara TV Popular: Fiza Sabjahan
Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 37: Ernie Zakri (124,448,198 undian)
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Alleycats
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: