Racun Rumpai Sentuh vs Serap - Reels 5
Автор: ATKC eWarehouse Home Improvement Store
Загружено: 2024-11-03
Просмотров: 176
Ramai yang mengatakan “Paraquat China” sebagai racun rumpai yang paling bagus!
Kenyataan ini tidak betul, salah tu! Kenapa?
1. Racun “Paraquat” telah diharamkan sepenuhnya pada tahun 2020.
2. Istilah “Paraquat China” atau Kopi-O sebenarnya, merujuk kepada racun rumpai jenis Glufosinate-Ammonium (GA).
Sebagai contoh,
Racun rumpai Basta 15 yang didaftarkan oleh BASF (Malaysia) Sdn Bhd, yang mengandungi Perawis Aktif - Glufosinate-Ammonium 13.5% w/w.
Basta 15 dikategorikan sebagai Racun Perosak kelas III - Jalur berwarna Biru - Tanda Berbahaya.
Berikutan pengharaman racun “Paraquat”, sebagai alternatif, racun Glufosinate & Glyphosate menjadi pilihan ramai!
Mesti korang nak tanya, apakah perbezaan di antara racun Glufosinate dengan Glyphosate?
1. Perawis Aktif
■ Glufosinate
Perawis Aktif - Glufosinate-Ammonium
Glufosinate adalah racun jenis separa sistemik atau sentuh, bukan selektif berspektrum luas.
■ Glyphosate
Perawis Aktif - Glyphosate-Isopropyl Ammonium
Glyphosate adalah racun jenis sistemik atau serap, bukan selektif yang berspektrum luas.
2. Mekanisme Tindakan
■ Glufosinate, racun jenis Sentuh, bertindak dengan menghalang sintesis glutamin, dan menyebabkan gangguan metabolisme nitrogen dalam tumbuhan. Seterusnya, menghalang proses fotosintesis tumbuhan yang membawa kepada kematian rumpai.
■ Glyphosate, racun jenis Serap, bertindak dengan menyerap melalui bahagian daun & batang, dan menyerang keseluruhan bahagian pokok sehingga ke akarnya.
2. Masa Tindakan
■ Glufosinate: Secara umumnya, 3 - 5 hari untuk menampakkan kesan
■ Glyphosate: agak lama sedikit, iaitu 7 - 10 hari.
3. Skop Merumput
Seperti Glyphosate, racun Glufosinate berupaya untuk mengawal kebanyakan jenis rumpai. Malahan, lebih hebat lagi, Glufosinate berkesan terhadap Rumput Pait, Rumput Kerbau, Rumput Sambau & Akar Ruas-ruas, yang sukar dikawal dengan racun Glyphosate.
4. Tahap Ketoksidan/ Keracunan
■ Glyphosate menjejaskan akar tanaman dan tidak boleh digunakan di kebun yang berakar cetek. Glyphosate akan kekal dalam tanah dan mengambil masa untuk dimetabolismekan.
■ Sebaliknya, Glufosinate hampir tidak mengganggu penyerapan & pengaliran dalam sistem akar. Glufosinate boleh dimetabolismekan dalam masa 3 - 4 hari dan meninggalkan kesan minimum pada tanah, akar tanaman dan tanaman seterusnya.
5. Mana satu yang lebih baik? Glyphosate atau Glufosinate-Ammonium (GA)?
Berdasarkan fakta-fakta, Glufosinate mempunyai kelebihan berbanding dengan Glyphosate.
Tetapi, Glyphosate mempunyai pasaran yang lebih besar. Kenapa?
Ini disebabkan oleh harga racun Glyphosate yang lebih rendah berbanding dengan Glufosinate. Harga racun Glufosinate boleh mencecah 3 kali ganda tingginya berbanding Glyphosate. Siapa nak pakai?
Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, permintaan racun Glufosinate semakin mendapat sambutan sehingga mendapat gelaran “Paraquat China”.
Sebelum ini, racun Glufosinate yang terkenal hanyalah Basta 15. Tetapi kini, banyak pengilang yang telah menghasilkan racun rumpai masing-masing berasaskan Glufosinate-Ammonium. Berikutan ini, pelbagai jenis racun Glufosinate telah didaftarkan di bawah nama dagang yang berbeza.
Sebagai contoh.
Vista 15, Trast 15, dan lain-lain lagi.
Bayangkan, kalaulah harga racun Glufosinate sama seperti racun Glyphosate, mana satu yang korang akan pilih?
Rujukan
Mengikut Jabatan Pertanian Malaysia, Racun Perosak boleh dibahagikan kepada 5 kelas mengikut pita atau jalur berwarna.
Sebagai contoh.
1a - Hitam - Simbol Tengkorak - Beracun - Amat Bisa
1b - Merah - Simbol Tengkorak - Beracun - Bisa
II - Kuning - Beracun
III - Biru - Berbahaya
IV - Tiada Warna
Apa maksud “w/w”?
”w/w” atau “weight/weight” atau “berat/berat”
Merujuk kepada berat sesuatu bahan larut berbanding dengan jumlah berat larutan tersebut.
Sebagai contoh.
Untuk 1kg Racun Rumpai “Basta 15”, ia mengandungi sejumlah 13.5% atau 135gram Glufosinate-Ammonium.
For more information, please visit www.ewarehouse.my - Malaysia's Largest Home Improvement Online Store.
#atkc #ewarehouse #warehouse #angkokgei #ahgei #gufosinate #glyphosate #herbicide
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: