PROGRAM 1ST DAY AT SCHOOL/AMALAN SEKOLAH PENYAYANG/JOM KE SEKOLAH SK BATU BERENDAM 2 (2026)
Автор: TVPSS SeKBAT2U
Загружено: 2026-01-12
Просмотров: 151
Program 1st Day at School anjuran SK Batu Berendam 2 bagi sesi persekolahan 2026 dilaksanakan dengan penuh ceria dan mesra berteraskan Amalan Sekolah Penyayang. Program ini bertujuan menyambut kehadiran murid pada hari pertama persekolahan dalam suasana yang selamat, menyeronokkan dan penuh kasih sayang.
Pelbagai aktiviti sambutan dijalankan untuk memberi keyakinan kepada murid, terutamanya murid Tahun 1 dan murid baharu, agar hadir ke sekolah dengan rasa gembira, selesa dan bersemangat. Program ini juga menyokong inisiatif Jom Ke Sekolah dalam memastikan kehadiran murid ke sekolah secara konsisten.
Semoga usaha ini dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid serta membentuk persekitaran sekolah yang positif, harmoni dan kondusif.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: