SEKALI LAGI KITA MENANG | Fiesta Bola Sepak Piala YB Tuan Shahar U13 2021 di Kuantan
Автор: Amir Street Artist
Загружено: 2021-11-21
Просмотров: 1007
Setelah menjadi JUARA di Liga Akademi Tunas Selangor, kami ATHL U12 diberikan penghormatan untuk menyertai kejohanan bola sepak diperingkat yang lebih mencabar iaitu Fiesta Bola Sepak Piala YBS 2021 yang menampilkan pasukan U13 yang lebih senior.
Kemenangan bukanlah menjadi matlamat utama apabila pasukan yang terpaksa dihadapi bersaiz lebih besar tambahan pula para pemainnya adalah dari Pusat Latihan Daerah @ PLD dan Sekolah Sukan Negeri @ SSN. Apa yang kami harapkan adalah pengalaman dan pelajaran untuk menjadi lebih matang dalam permainan.
Pasukan yang kami hadapi sepanjang kejohanan adalah ;
1. PLD Alor Gajah U13.
2. Kelantan Cougars - para pemainnya adalah dari SSN Kelantan berumur 13 dan 14 tahun.
3. SSN Seberang Temerloh U13
Melalui pertemuan dengan SSN Seberang Temerloh di final, kami ATHL U12 terikat dengan seri 0 - 0 lalu kemenangan ditentukan melalui sepakan penalti dan akhirnya gelaran JUARA U13 berpihak kepada ATHL U12 dengan 4 berbalas 2... Alhamdulillah.
#ATHL
#NFDP
#kitamenang
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: