TITAH UCAPAN RAJA PERMAISURI AGONG SEMPENA LAWATAN KE HOSPIS MALAYSIA
Автор: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Загружено: 2025-06-05
Просмотров: 2178
RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT MELAWAT HOSPIS MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI YANG DI-PERTUAN AGONG 2025
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat Hospis Malaysia, Kuala Lumpur, hari ini (5 Jun).
Lawatan ke Hopis Malaysia merupakan antara acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2025.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail dan YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan.
Hadir sama, Datuk Dr. Mahathar Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan; Datuk Abd Shukor Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Jabatan Perdana Menteri); Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM dan Dr. Ednin Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Hospis Malaysia.
Pada lawatan berkenaan, Raja Permaisuri Agong berkenan diberi persembahan taklimat mengenai peranan penting penjagaan paliatif berasaskan komuniti di Malaysia oleh Ketua Pegawai Eksekutif Hospis Malaysia.
Penjagaan paliatif di Hospis Malaysia yang berasaskan komuniti memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti hidup pesakit serta keluarga, di samping mengurangkan beban kemasukan kecemasan di hospital.
Hospis ini juga pernah dilawati oleh Seri Paduka Baginda pada tahun 2012, yang ketika itu mengiringi keberangkatan Putera William dan Kate Middleton, Duke dan Duchess of Cambridge (kini Prince dan Princess of Wales).
Raja Zarith Sofiah juga berkenan mengurniakan sumbangan berbentuk cek kepada Hospis Malaysia menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.
Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan pesakit kanak-kanak dan dewasa yang sedang menjalani rawatan paliatif di Hospis Malaysia.
#RPAgong
#AllahPeliharakanSultan
#IstanaNegara
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: