Majlis Tamat Latihan & Pentauliahan Pegawai Integriti Muda Kadet Kor SUAR UniSZA Kohort I/2023
Автор: PPHP UniSZA Official
Загружено: 2023-10-15
Просмотров: 198
𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐑-𝐒𝐔𝐀𝐑 𝐔𝐧𝐢𝐒𝐙𝐀 : 𝟐𝟒 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐊𝐀𝐃𝐄𝐓 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐀𝐍𝐓𝐈 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇 (𝐒𝐔𝐀𝐑) 𝐒𝐔𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐔𝐧𝐢𝐒𝐙𝐀 𝐃𝐈𝐓𝐀𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐏𝐑𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
KUALA NERUS I 14 OKTOBER 2023
Seramai 24 orang Pegawai Kadet Sukarelawan Anti Rasuah Kor SUAR UniSZA Kohort 1/2023 ditauliahkan sebagai Pegawai Integriti Muda (YIO) yang disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah,UniSZA Kampus Gong Badak, pagi ini. Delegasi SPRM telah disambut mesra oleh UniSZA selaku tuan rumah dengan ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Naib Canselor UniSZA, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam.
Berucap merasmikan majlis pagi ini, Tan Sri Dato' Sri Haji Azam menekankan bahawa usahasama pendidikan antirasuah sama ada secara formal atau tidak formal di dalam sektor pendidikan kini dilihat sebagai salah satu inisiatif utama yang ditekankan oleh kerajaan di dalam merencanakan negara bebas rasuah.
Justeru, beliau menzahirkan harapan agar kumpulan pertama kadet yang ditauliahkan oleh Lembaga Pengiktirafan Pegawai Integriti Bertauliah (LPPIB) ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak universiti awam untuk menawarkan kursus yang sama di kampus masing-masing.
Kadet-Kadet ini katanya boleh dipertimbangkan bagi pengambilan sebagai Pegawai SPRM dengan syarat mereka melepasi kriteria yang ditetapkan oleh SPRM dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Untuk rekod, penubuhan Kor Sukarelawan Mahasiswa Antirasuah SPRM di UniSZA adalah hasil komitmen Pengurusan Tertinggi UniSZA yang telah bersemuka dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 18 Disember 2020 bagi menyatakan hasrat untuk menawarkan Kursus Bekredit Kadet SPRM di UniSZA.
Turut diadakan sesi penyampaian Watikah Pelantikan Pegawai Kehormat Kor SUAR UniSZA kepada Prof Dr Zuhairah Ariff Abd Ghadas yang telah dinobatkan sebagai Penolong Pesuruhanjaya Kehormat/Komandan Kor; Mohd Fuad Husaini ditabalkan sebagai Penguasa Kanan Kehormat/Timbalan Komandan Kor; Mohd Tarmizan Ibrahim dilantik sebagai Penguasa Kehormat/Pegawai Latihan Luar Kor manakala Majedah Mokhtar dilantik sebagai Penguasa Kehormat/Pegawai Akedemik Kor serta Mohd Faizal Ibrahim dilantik sebagai Penguasa Kehormat/Kem Komandan Kor.
Manakala Nur Athirah Mohamad Zuki telah dinobatkan untuk menerima Anugerah Akademik Terbaik, Anugerah Khas Kor SUAR telah diterima oleh Nur Fahimah Mohd Shukri Bala Sudaran dan penerima Anugerah Kadet Keseluruhan Terbaik dinobatkan kepada Ahmad Amirul Mukhlis Mohd Buhairi. Turut hadir dalam majlis ini ialah pengurusan tertinggi UniSZA dan pengurusan kanan SPRM.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat!
#unisza
#IlmuDemiFaedahInsan
#SPRM
#korsuar
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: