Boleh Nasihat — Tapi “Rulebook" Kerajaan Yang Kunci Mulut
Автор: Mohd Rafizi bin Ramli
Загружено: 2025-12-30
Просмотров: 11215
Cara Kerajaan berkomunikasi dengan rakyat antara soalan yang ditanyakan di Podcast YBM Episod 28.
Zaman sekarang orang tak nak ayat “mengalu-alukan” bila isu tengah panas. Orang nak jawapan head-on: kalau orang kata hitam, kalau nak kata bukan hitam, cakap terus.
Masalahnya, komunikasi Kerajaan masih guna kerangka lama: ini sensitif, itu berbahaya, ini bukan bidang Kementerian. Fahmi boleh bagi nasihat macam mana pun, tapi selagi Perdana Menteri dan Kabinet tak longgarkan rules, Menteri akan kekal dengan skrip paling selamat: “hari ini saya berkesempatan menghadiri mesyuarat…”
Rakyat bukan nak tahu Menteri pergi meeting. Rakyat nak tahu apa masalah, apa tindakan, apa hasil.
Dan bila Menteri tak jawab, ruang kosong tu pembangkang akan isi. Lepas tu kita hairan kenapa naratif lari, kenapa orang kata “tak sampai”. Sistem sedia ada yang mencipta diam, bukan semata-mata individu.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: