Ep 41 | 'Jangan jadikan KL seperti Gotham City!' - Mantan Datuk Bandar KL
Автор: Lebih Masa
Загружено: 2025-10-06
Просмотров: 11102
Kuala Lumpur — sebuah kota yang sedang berlari menuju status global, namun masih dibayangi persoalan tentang arah tuju sebenar pembangunannya.
Dalam episod ke-41 audiosiar Lebih Masa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Nani Roslan membuka tirai perbincangan yang dinanti ramai bersama Datuk Seri Nor Hisham Ahmad Dahlan, mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur (2018-2020), dengan tajuk - “Jangan Jadikan KL Seperti Gotham City!”
Mengapa masih wujud jurang besar antara kemajuan dan kualiti hidup rakyat?Dan adakah DBKL, dengan kuasa dan bajet yang begitu besar, benar-benar bebas daripada tekanan politik dan amalan lama?
Nor Hisham turut berkongsi pengalaman di pejabat tanah dan pihak berkuasa tempatan, termasuk pengalaman menerima penyapu dari Menteri Besar Selangor ketika itu, Khir Toyo.
Dalam episod ini, Nor Hisham menjawab terus persoalan-persoalan kritikal daripada isu integriti dan penjualan tanah awam, kepada tanggungjawab sosial DBKL terhadap rakyat B40, serta keperluan reformasi tadbir urus bandar yang semakin mendesak.
Melalui siri soalan tajam daripada kedua-dua hos, Lebih Masa membawa penonton menelusuri sisi sebenar pentadbiran kota raya di mana pembangunan, kejujuran dan kepentingan rakyat harus berjalan seiring.
Adakah Kuala Lumpur sedang menuju masa depan yang mampan — atau sedang tergelincir menjadi “Gotham City” versi sendiri?
Dengarkan jawapan terus daripada individu yang pernah memegang kunci pentadbiran ibu kota.
Episod 41 "Lebih Masa" bersama Nor Hisham akan mula disiarkan pada Isnin, 6 Oktober jam 9:00 PM di semua platform utama audiosiar Lebih Masa.
00:00 Intro
05:24 Anugerah Penyapu
09:19 Latar Belakang
11:54 Susah tak jaga KL?
17:30 Hasil di KL
20:19 Tekanan dari sektor swasta atau politik
23:09 Penjualan/Pelupusan tanah milik DBKL
29:47 Stress jadi Datuk Bandar?
33:55 Masalah KL yang belum selesai
36:33 Kerja dulu dan sekarang
39:22 Jangan buat Bandar Malaysia di KL
42:28 Keputusan yang dikesali
48:41 Kalau diberi peluang kedua
50:31 Apa yang boleh diperbaiki di KL
53:01 Datuk Bandar wanita yang pertama
55:17 Akhir kata
Hos:
Nik Nazmi Nik Ahmad: @NikNazmiNikAhmad
Nani Roslan: @naniroslan
Like, Follow, Share, Subscribe:
Tiktok/FB/Instagram/Youtube - @lebihmasa
Anda boleh juga ikuti siaran ini secara audio:
Spotify/Apple Podcasts - Lebih Masa
Ingin jenama anda bersama platform media ke arah Malaysia yang lebih saksama, lestari dan bersatu?
Jom bercerita bersama di [email protected]
Kredit:
PENERBIT EKSEKUTIF: Johan Ariff
PENERBIT: Sherry M.Shariff
JURUKAMERA: Tarmizi Ramli & Mamathusin
JURUTEKNIK: Chandra Arjun
MONTAGE/GFX/FINAL MIX: Karl Zahbah
PENYELIA PENERBITAN: Jacintha Rajah
SOCIAL MEDIA MANAGEMENT: Shafwan Zaidon
#niknazmi #naniroslan #datukbandarKL #kualalumpur
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: