Kemajuan terkini Lebuhraya Pan Borneo Sabah Pakej Kerja 3
Автор: Lebuhraya Pan Borneo Sabah
Загружено: 2025-12-07
Просмотров: 1604
SALAM SABAH MAJU JAYA
PERLAKSANAAN PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH
PAKEJ KERJA 03: MENAIKTARAF JALAN DARI BEAUFORT KE BONGAWAN
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo bagi jajaran Pakej Kerja 03 melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan dari Beaufort ke Bongawan kepada Lebuhraya empat lorong dua hala (dual carriageway) sepanjang 22.4 kilometer.
Pakej kerja ini turut merangkumi pembinaan empat (4) buah jambatan — Jambatan Sungai Mawao, Sungai Klias Baru, Sungai Membakut dan Sungai Damit — serta tiga (3) jejantas pejalan kaki dan dua (2) persimpangan bertingkat, iaitu Persimpangan Bertingkat Bongawan dan Persimpangan BEBO Arch Keretapi, bagi kemudahan pengguna.
Persimpangan BEBO Arch Keretapi merupakan struktur seumpamanya yang pertama dibina di negeri Sabah, merentasi landasan kereta api. Struktur ini menggunakan konkrit pra-tuang berbentuk arch dengan span 25 meter dan panjang keseluruhan 157 meter. Apabila siap sepenuhnya, ia akan melancarkan aliran trafik di Lebuhraya Pan Borneo Sabah kerana kenderaan tidak lagi perlu berhenti ketika tren JKNS melintas.
Orang awam dan pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika memandu serta mematuhi semua peraturan lalu lintas, khususnya ketika melalui kawasan pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.
#malaysiamadani
#sabahmajujaya
#jkrsabah
#lebuhrayapanborneosabah
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: