Jubb Al Hazn - Pensil Langit
Автор: Pensil Langit
Загружено: 2025-12-07
Просмотров: 38492
Ini Jubb al Hazn lembah kesedihan
Dunia bertepuk langit berpaling pandangan
Jika doa memerlukan saksi
Apakah Tuhan masih di hati
Aku menyusur lembah tanpa petanda
Cahaya menyilau membakar mata
Puji bersusun jadi irama
Amal berdiri niat pun luka
Tasbih berkilau digenggam tangan
Namun jiwa haus kejar sanjungan
Ayat dibaca tenang di bibir
Makna tercicir jatuh ke pasir
Aku bersujud menyentuh tanah
Namun hati terikat dunia
Jika Tuhan hanya sebutan lidah
Iman perlahan mula rebah
Ada amal bersinar terang
Namun padam sebelum berkembang
Ada doa kedengaran tenang
Namun hancur kerana hilang timbang
Ini Jubb al Hazn lembah kesedihan
Dunia bertepuk langit berpaling pandangan
Jika doa memerlukan saksi
Apakah Tuhan masih di hati
Aku memberi dengan wajah cerah
Namun kira pahala musnahkan lelah
Senyum tersusun kemas di mata manusia
Hati menjerit mahu ke Maha Esa
Langkahku jauh arah makin sempit
Niat tercicir di simpang puji dan tapik
Tubuh berpusing dalam bulatan sama
Roh tersasar mengeja nama manusia
Bersuara atas nama benar dan iman
Ego berakar lebih lama dari kesedaran
Lidah menuding salah ke serata insan
Cermin di elak saat giliran sendiri datang
Empat ratus kali sehari lembah berdoa
Agar neraka dilindung dari hamba
Bukan kerana mereka enggan beribadah
Tetapi kerana ibadah hilang Tuhan di dalamnya
Aku gentar bukan nyala api
Aku gentar doa tak kembali
Apa ertinya hidup begini
Jika sampai ke langit tak diberkati
Ini Jubb al Hazn lembah kesedihan
Dunia bertepuk langit berpaling pandangan
Jika doa memerlukan saksi
Apakah Tuhan masih di hati
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: