Tanaman Tin, PPK Kuala Selangor Jana Pulangan Lumayan
Автор: Pertubuhan Peladang Kebangsaan NAFAS
Загружено: 2020-10-06
Просмотров: 4410
Di sebalik kesibukan aktiviti seharian di Kuala Selangor, Selangor terdapat kebun tanaman buah tin yang berlokasi di lembah peladang Saujana Utama, Kuala Selangor. Diusahakan oleh PPK Kuala Selangor yang diterajui En. Hafiz Fitri selaku pengurus projek.
Buah tin atau nama saintifiknya Ficus Carica biasanya banyak ditanam di kawasan Asia Barat.
Ia dipercayai kaya dengan zat antioksidan, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potasium dan serat yang dapat membantu menjaga kesihatan badan.
Teksturnya yang lembut dan rasa lemak manis antara faktor mengapa ia digemari ramai.
Projek tanaman ini telah berjalan sejak 3 tahun lalu mendapat sambutan menggalakan. Ianya juga menjana pulangan yang agak lumayan.
#nafashq #mafi #ppkkualaselangor #inspirasitani
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: