RIDE TO KHATAM 3.0: MISI KHATAM 30 JUZ SELATAN TANAH AIR!
Автор: Uwais Qorny
Загружено: 2024-01-30
Просмотров: 446
Bagi memberi nilai tambah kepada para Followers saya dan Masyarakat Islam keseluruhannya, Saya telah mengambil inisiatif untuk bersama-sama menjayakan Ride To Khatam 3.0 bersama dengan Guru dan juga sahabat saya Ustaz Amiri, Diami Yusoff (Ayah Mat) & Dr Azhar Abdullah serta penunggang motorsikal berkuasa tinggi dalam kembara khatam di zon Selatan Tanah Air.
Program ini diadakan bagi memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana untuk bersama-sama meluangkan masa membaca Al-Quran sebanyak satu juzu' bermula dari juzu' 21 sehingga Juzu'30 secara beramai-ramai di setiap masjid pada 10 lokasi bahagian selatan. Program ini juga akan dilangsungkan secara live di Facebook page Uwais Qorny untuk tontonan dan manfaat semua masyarakat Islam khususnya di Malaysia.
Alhamdulillah, dengan asbab sumbangan dari kalian semua Ride to Khatam siri 1.0 dan 2.0 telah berjaya kami laksanakan, Terima Kasih.
Kini, tibanya siri yang ke-3 sebagai akhirulkalam @ penutup kepada Program Ride To Khatam yang bakal kami laksanakan, InshaAllah.
Kami sangat mengalu-alukan bantuan dan sumbangan para followers dan masyarakat yang prihatin, menyokong usaha kami menjelajah sambil bertadarus serta mengeratkan lagi hubungan antara penunggang motosikal berkuasa tinggi dan masyarakat selain menyebarkan kesedaran mengenai kepentingan membaca Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari.
Penjelajahan kami selama 3 hari akan bermula pada 22 Februari 2024 sehingga 24 Februari 2024.
Pengarah Program Ride To Khatam 3.0 : Ustaz Amiri Abdul Ghani
Program Kerjasama:
1. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (kias)
2. Pusat Pengajian ZAG (Al-Quran Wal Qiraah)
3. Kelantan Bikers
4. Protaz International Sdn Bhd
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: