NETIZEN PERSOAL PEMPENGARUH DIJEMPUT RASMI MAJLIS DI SEKOLAH, FAIZ SOUL BERI PENJELASAN
Автор: KAPSUL VIRAL
Загружено: 2025-12-08
Просмотров: 4575
NETIZEN PERSOAL PEMPENGARUH DIJEMPUT RASMI MAJLIS DI SEKOLAH, FAIZ SOUL BERI PENJELASAN
Baru-baru ini, pempengaruh Muhammad Faiz atau lebih dikenali sebagai Faiz Soul telah memuat naik video dirinya dijemput merasmikankan majlis ‘Anugerah Akademik’ di sebuah sekolah rendah di Kedah.
Dalam video itu, Faiz menyatakan bahawa dia bukanlah seorang YB namun telah dijemput untuk merasmikan majlis bermakna berkenaan.
Majlis itu telah dilaksana dengan meriah, bertemakan adat budaya Melayu dengan para guru dilihat lengkap berpakaian baju Melayu siap bertanjak lagi.
Di dalam video itu juga, dipaparkan Faiz memberi ucapan, menyampaikan anugerah dan menerima penghargaan daripada pihak sekolah.
Posting berkenaan mengundang pelbagai komen negatif yang berpendapat Faiz tidak layak merasmikan majlis di sekolah serta pihak sekolah sepatutnya menjemput mereka yang lebih layak dari segi akademik, bukannya influencer yang jaguh di media sosial.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: