Tarian Iban : Ngajat Ngalu Temuai
Автор: GahRentak Arts and Culture
Загружено: 2022-06-15
Просмотров: 2614
Ngajat Ngalu Temuai merupakan sejenis tarian ngajat yang dipersembahkan bagi tujuan untuk menyambut kedatangan para tetamu yang berkunjung tiba. Kebiasaanya, tarian ini ditarikan sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu yang hadir ke rumah panjang semasa perayaan Hari Gawai Dayak dan sekaligus mengiringi para tetamu sehingga ke ruai tuan rumah ( Tuai Rumah ). Lebih menarik lagi, tarian ini dipersembahkan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh tetamu - tetamu terhormat. Tarian ini juga boleh dipersembahkan pada majlis keramaian yang lain seperti majlis perkahwinan, majlis makan malam dan pelbagai jenis majlis rasmi yang diadakan di rumah panjang ataupun di mana jua tempat aturcara yang dilansungkan.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: