PAS TOLAK HADI? SANUSI PENGERUSI PN? SELAIN ITU DR SAM, HAMZAH JADI PILIHAN!
Автор: ORAITNOPO Channel
Загружено: 2025-12-31
Просмотров: 3848
Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya menyatakan sokongan terhadap cadangan supaya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) baharu.
Malah, beliau turut menyifatkan cadangan yang dibuat beberapa pihak itu sebagai sesuatu yang menarik.“1 Januari 2026 Saya nampak banyak pihak cadang YAB SANUSI sebagai Pengerusi Perikatan Nasional, cadangan yang menarik, saya setuju,” katanya ringkas menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.
Pas sehingga kini belum menamakan pengganti bagi jawatan Pengerusi PN susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan itu berkuat kuasa hari ini.
Keputusan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu susulan kemelut politik antara Pas dan Bersatu di Perlis yang menyaksikan pertukaran jawatan Menteri Besar.Pas sebelum ini menyatakan kesediaan untuk memimpin PN, dengan Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan individu berkenaan tidak semestinya Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, tetapi pemimpin berkaliber lain yang lebih rendah jawatannya.
Selain Muhammad Sanusi yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, beberapa nama pemimpin Pas lain turut disebut-sebut layak dilantik Pengerusi PN antaranya Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. – MalaysiaGazette
Sumber Berita
1. https://malaysiagazette.com/2026/01/0...
2. https://www.malaysiakini.com/news/764686
Join this channel to get access to perks:
/ @oraitnopochannel
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: