Podcast ini menampilkan Tun Dr Mahathir sebagai hos tetap. Setiap episod membawakan perbincangan mendalam mengenai politik, isu semasa dalam dan luar negara, isu global dan cabaran sosio-ekonomi. Dengan moderator jemputan, podcast ini membuka ruang diskusi kepada pelbagai perspektif dalam memahami cabaran semasa dan masa depan.
Dalam episod pertama ini, Tun Dr. Mahathir bersama Shamsul Akmar membincangkan isu layanan luar biasa Trump terhadap Presiden Ukraine, Zelenskyy, serta perbincangan mengenai NATO dan Warsaw Pact.
Beliau juga mengimbau kembali krisis kewangan Asia yang menimpa Malaysia pada tahun 1997, dan menjelaskan bagaimana beliau bertindak untuk mengelakkan Malaysia daripada bergantung kepada IMF dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan kestabilan ekonomi negara.
00:00 - Intro
00:25 - Pandangan Dr M mengenai pertengkaran Ukraine-AS di White House
01:35 - Adakah kebergantungan Ukraine kepada AS memakan diri?
04:50 - Agenda sebenar Ukraine sertai NATO
07:20 - Kenapa Rusia masih dianggap ancaman selepas Perang Dingin
10:10 - Adakah dasar Rusia punca ia dimusuhi Barat?
12:30 - Adakah perang sebenarnya untuk menguasai ekonomi?
15:25 - Apa kemungkinan selepas kritikan Trump terhadap Presiden Ukraine?
17:10 – Adakah sikap Trump terhadap Russia akan meredakan ketegangan di Eropah?
19:45 – Mampukah perubahan dasar Trump menstabilkan geopolitik dunia?
23:10 – Adakah Trump cuba mengurangkan pengaruh Russia & China?
24:10 – Adakah dunia menuju ke era hegemoni Amerika?
Krisis Kewangan Asia 1997/98
26:10 – Kenapa Tun menolak IMF semasa krisis?
28:05 – Kenapa Indonesia terpaksa menerima IMF?
29:45 – Betulkah IMF mengutamakan pembayaran hutang kepada negara luar?
31:00 – Rasional Tun menambat Ringgit ketika krisis
33:15 – Pandangan Tun terhadap kritikan Bank Dunia terhadap IMF
34:45 – Dari mana Tun dapat inspirasi untuk pemulihan ekonomi?
37:20 – Adakah Tun takut jika keputusan dasar pemulihan silap?
40:05 – Bagaimana perasaan Tun selepas keputusan itu dibuat?
42:00 – Bagaimana Tun menghadapi krisis ekonomi dan pergolakan politik serentak?