TARIAN KONTEMPORARI LUN BAWANG
Автор: wulansulan uma
Загружено: 2022-11-25
Просмотров: 7207
Tarian ini diadaptasi daripada tarian Lun Bawang yang dinamakan Tarian Raung Metaga. Tarian Raung Metaga menceritakan keindahan topi suku kaum Lun Bawang yang sering digunakan oleh kaum Lun Bawang dalam menjalankan aktiviti harian. Tarian ini juga menceritakan keindahan gerak gemalai anak adi’ dalam menjalani kehidupan di bumi Borneo yang dikelilingi oleh pelbagai suku kaum dan bangsa tetapi tetap tidak melupakan asal usulnya sebagai seorang anak adi’ Lun Bawang. Penegasan pada ‘raung’ memberikan keunikan tersendiri apabila dipakai oleh anak gadis Lun Bawang. Selain itu, Tarian ini telah dikontemporarikan mengikut peredaran zaman namun masih mengekalkan kelembutan dan keayuan anak adi’ dalam menjaga tradisi suku kaum Lun Bawang.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: