WARGA PAKISTAN TAK PUAS HATI SOUND BRADER TIDUR DEKAT RNR
Автор: KAPSUL VIRAL
Загружено: 2025-07-01
Просмотров: 25277
WARGA PAKISTAN TAK PUAS HATI SOUND BRADER TIDUR DEKAT RNR
Seorang pengguna lebuh raya berasa kurang senang dengan tindakan seorang warga asing yang menegurnya kerana tidur di RNR.
Lelaki itu pada mulanya singgah sebentar di RNR Gunung Semanggul, Perak arah utara dan duduk berehat di tempat yang disediakan.
Namun seorang penjual tasbih dipercayai warga Pakistan bercakap telefon dengan nada yang kuat sehingga mengganggunya untuk tidur.
Dia kemudiannya meminta warga Pakistan itu untuk memperlahankan suara namun warga Pakistan itu pula menghalang dirinya daripada tidur di situ.
Tidak puas hati dengan teguran berkenaan, lelaki itu menghubungi pihak PLUS bertanyakan hal tersebut dan pihak PLUS memberitahu tidak ada masalah jika mahu berehat atau tidur di situ.
Selepas mendengar jawapan tersebut, warga Pakistan itu kemudian duduk di sebelahnya menyebabkan lelaki itu berasa kurang selesa dan terus bangun beredar pergi ke keretanya.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: