Ep. 208 - Trip Jepun 8 Hari: Osaka Halal Edition, Murah ke?
Автор: Leaving The Nest
Загружено: 2025-12-29
Просмотров: 3907
Perjalanan solo aku di Jepun akhirnya sampai ke penghujung. Sebahagian dari diri aku rasa macam tak nak balik, tapi dalam masa yang sama, hati ni tak sabar nak jumpa suami dan anak-anak.
Untuk trip kali ni, aku memang sengaja extend sehari,
sebab aku tak nak travel dalam keadaan terlalu rushing. 8 hari dekat Jepun ni memang penat,
tapi setiap hari penuh dengan pengalaman yang mahal nilainya.
Sambung dari episod lepas,
lepas tengok Sumo live, kitorang naik ke menara tertinggi di Osaka, Harukas 300.
Tempat ni jarang orang share, tapi view dia memang berbaloi sebelum kitorang terus ke Dotonbori.
Dan akhirnya…ramen pertama aku sepanjang trip ni dimakan pada hari terakhir. Aku ingatkan dari hari pertama dah boleh layan ramen, rupanya hari last baru sampai giliran.
Perjalanan balik dari Osaka ke Kuala Lumpur pula
agak panjang dan memenatkan. Banyak halangan yang tak dijangka, sampai aku terpaksa tolak luggage sorang-sorang dalam gelap, dekat pukul 11 malam.
Akhirnya, aku buat keputusan untuk tidur di airport.
Bayar ¥1,400 untuk mandi, dan ¥4,800 lagi untuk tidur selama 6 jam sebelum check-in luggage di Kansai Airport.
Trip kali ni, seorang diri, memang sangat berbeza berbanding perjalanan aku sebelum ni.
Lebih sunyi, lebih mencabar… tapi dalam diam, banyak benda yang aku belajar.
Terima kasih kepada semua yang setia menonton
episod Jepun dari awal sampai ke penghujung.
Mungkin perjalanan ni tak sesempurna
bila aku travel bersama suami dan anak-anak,
tapi inilah antara pengalaman pahit manis
yang aku akan kenang sampai bila-bila.
Teruskan support dan tonton episod ni sampai habis,
sebab setiap sokongan dari korang
itulah yang buatkan aku, Haikel, dan anak-anak
terus bersemangat untuk mengembara ke seluruh dunia.
Selamat menonton.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: