DILEMA SEORANG AYAH - (Oficial Music Video) - SYED PROTON SEDUNIA MUSIC
Автор: SYED PROTON SEDUNIA
Загружено: 2025-11-23
Просмотров: 36
Dilema Seorang Ayah
Anak yang baik ialah dia yang kita anggap baik,
Anak yang tak baik ialah dia yang kita salah didik,
Mahu menerima mahu menelan,
Mahu melayan mahu kegagalan,
Liku hidup liku kehidupan,
Menjadi sarapan si Ayah jalanan,
Aku ayah terus melangkah,
Mengadun mengolah mendidik menyekolah,
Mengherdik kadang kerana tewas,
Lemah diri dalam mabuk dunia yang buas,
Dunia ini dunia fana yang dirancang,
Silap sikit selok langkah tenggelam terus kita dipincang,
Anakku dikau adalah anak ku,
Anakku, Ayahmu ini ialah ayahmu,
Menyayangimu bukan kerana aku perlu,
Mencintaimu kerana aku sanggup dan mahu
Bagi meneruskan perjalanan ini,
Ayahmu bergolak dicaci, mengelak maki,
Detik langkah saat diterjah musibah,
Bergoyang jiwa menghendap lara,
Langkah demi langkah menggelintar harungi dunia,
Tapi dunia seolah tak memahami jiwa,
Wahai dunia ayah ini bertanya,
Siapa dunia tanpa sengketa,
Siapa Sengketa tanpa musibah lara,
Siapa lara bila lesap suci jiwa,
Siapa punya jiwa bila aku yang berdosa,
Anakku dikau adalah anak ku,
Anakku, Ayahmu ini ialah ayahmu,
Menyayangimu bukan kerana aku perlu,
Mencintaimu kerana aku sanggup dan mahu
Anakku…….dikau adalah anak ku….
Anakku……Ayahmu ini ialah ayahmu……
Menyayangimu bukan kerana aku perlu……
Mencintaimu kerana aku sanggup dan mahu…..
Bagi mengubati luka diri,
Ayahmu cuba menongkah sepi,
Jiwa dihina pengikat janji,
Sehidup semati demi anak yang ku sayangi.
Lirik: SYED PROTON SEDUNIA MUSIC
Lagu: Ai
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: