Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
dTub
Скачать

HIKING BUKIT PANAU 2025 | PEMANDANGAN PUNCAK BUKIT PANAU | AERIAL VIEW BUKIT PANAU

Автор: AddaShuk Channel

Загружено: 2025-07-17

Просмотров: 323

Описание:

Bukit Panau terkenal di Kelantan sebagai lokasi kembara berjalan kaki (hiking). Bukit Panau terletak di sempadan antara Pasir Mas dan Tanah Merah. Kedudukan Bukit Panau berhampiran jalan utama memudahkan ia dilihat menggamit pengunjung dan dikunjungi.

Untuk melakukan hiking atau mendaki Bukit Panau yang berketinggian 369 meter dari aras laut, tidak sukar kerana terdapat trek bersimen bercampur tar dari kaki bukit sehingga ke menara pemancar syarikat telekomunikasi yang bersebelahan dengan puncak.

Bagaimanapun, terdapat laluan lain untuk ke puncak iaitu melalui denai hutan yang lebih mencabar.

Pendakian ke puncak Bukit Panau mengambil masa antara 30 minit sehingga sejam mengikut kelajuan dan kemampuan fizikal pendaki.

Jaraknya yang dekat dan ketinggiannya yang rendah menjadikannya sesuai untuk dijadikan tempat pendakian santai bersama keluarga.

Sebelum ini sekumpulan penyelidik daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menemui 7 kesan tapak kaki dinasour di Bukit ini.

Bukit Panau juga dikaitkan dengan sejarah Hang Tuah, yang mana Bukit Panau dikatakan menjadi salah satu lokasi Hang Tuah duduk bertapa menuntut ilmu kebatinan.

Pemandangan dari puncak Bukit Panau amat menarik dengan berlatar belakang perkampungan sekitar Pasir Mas dan Tanah Merah, serta Kota Bharu dan jika cuaca baik, pemandangan sayup-sayup mata memandang sehingga mampu sampai ke Bachok dan Machang.

Paling menarik ialah pemandangan Sungai Kelantan yang mengalir dari selatan ke utara, selari dengan Jalan Pasir Mas - Tanah Merah.

Mereka yang ingin mendaki Bukit Panau dinasihatkan bermula awal pagi kerana untuk mengelak panas matahari. Di puncak Bukit Panau dianggap bukit botak.

Sedikit sahaja kawasan yang ada lindungan teduh pokok. Sebab itu, berada di puncak Bukit Panau membolehkan pengunjung melihat sekeliling dengan mudah tanpa terlindung penglihatan.

Mendaki awal pagi juga berkemungkinan berpeluang untuk melihat awan karpet yang cukup menawan.

Aktiviti hiking di Bukit Panau kini amat terkenal. Setiap hari cuti ribuan pengunjung akan melakukan aktiviti riadah di situ.

Kalau sebelum ini kaki Bukit Panau sunyi dan hanya beberapa kereta pendaki diletakkan di situ, kini ia sudah seperti ada pesta. Ratusan kereta dilatakkan di situ pada satu-satu masa.

Kemudahan tandas turut diadakan di kaki bukit atau tempat permulaan mendaki. Malah kini puluhan gerai peniaga didirikan di situ menjual pelbagai jenis makanan dan keperluan lain tidak ubah seperti pasar basah pagi.

Satu perkara diingatkan kepada pendaki ialah tolong jaga kebersihan. Sebarang bekas atau bungkusan yang dibawa, sila bawa balik atau dibuang di tempat yang disediakan.

Sambil-sambil kita hiking Bukit Panau, kita mengambil video aerial view Bukit Panau yang sungguh mengasyikkan. Pemandangan puncak Bukit Panau sangat indah sekali. Kepada sesiapa yang belum sampai lagi di puncak Bukit Panau, anda mesti datang dan merasai sendiri keindahan alam ciptaan tuhan.

HIKING BUKIT PANAU 2025 | PEMANDANGAN PUNCAK BUKIT PANAU | AERIAL VIEW BUKIT PANAU

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео mp4

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио mp3

Похожие видео

Siapa sangka Kelantan ni destinasi best nak bercuti!

Siapa sangka Kelantan ni destinasi best nak bercuti!

Pasar Malam Kelantan - Tanah Merah | Malaysia Night Market Street Food Tour #foodlover  #mustwatch

Pasar Malam Kelantan - Tanah Merah | Malaysia Night Market Street Food Tour #foodlover #mustwatch

FREESOLO РАТМИР МУХАМЕТЗЯНОВ маршрут 5а Тютю-баши

FREESOLO РАТМИР МУХАМЕТЗЯНОВ маршрут 5а Тютю-баши

CARA SETTING HANDPHONE JADI COMPUTER BIKE, CARA EDIT GAMBAR GUNA SNAPSEED | Jepster Bike Computer

CARA SETTING HANDPHONE JADI COMPUTER BIKE, CARA EDIT GAMBAR GUNA SNAPSEED | Jepster Bike Computer

Самые Опасные Дороги в Мире, По Которым Вы Не Захотите Проехать

Самые Опасные Дороги в Мире, По Которым Вы Не Захотите Проехать

RIDE TO DABONG | KONVOI SEMARAK HARI MALAYSIA 1.0 | KAK NAH MEE UDANG DABONG | UITM BIKES CLUB

RIDE TO DABONG | KONVOI SEMARAK HARI MALAYSIA 1.0 | KAK NAH MEE UDANG DABONG | UITM BIKES CLUB

Gunung Stong - Antara Gunung Paling Cantik di Malaysia

Gunung Stong - Antara Gunung Paling Cantik di Malaysia

Уникальная немецкая кинохроника штурма Брестской крепости (1941)

Уникальная немецкая кинохроника штурма Брестской крепости (1941)

Off-road Kulai - Bukit Tun Razak(Part B)

Off-road Kulai - Bukit Tun Razak(Part B)

Cats Being Weird

Cats Being Weird

EP11 PROJEK RESTORE KENARI | PASANG PUSH START BUTTON PKE SALIN ENJIN DAIHATSU MOVE L9 RS 660 TURBO

EP11 PROJEK RESTORE KENARI | PASANG PUSH START BUTTON PKE SALIN ENJIN DAIHATSU MOVE L9 RS 660 TURBO

Откуда пришли КАРПАТЫ, РИГИ и ВЕРХОВИНЫ и куда они потом делись? #ПОЛНЫЙМЕТР

Откуда пришли КАРПАТЫ, РИГИ и ВЕРХОВИНЫ и куда они потом делись? #ПОЛНЫЙМЕТР

Невероятные Случаи с Поездами, Снятые на Камеру

Невероятные Случаи с Поездами, Снятые на Камеру

Naik Bus Tingkat Jalur Perbukitan Malaysia! Trip KOTA BHARU - PENANG Bus Queen Express

Naik Bus Tingkat Jalur Perbukitan Malaysia! Trip KOTA BHARU - PENANG Bus Queen Express

10 ЧУДЕС ПРИРОДЫ, КОТОРЫЕ НУЖНО УВИДЕТЬ ХОТЯ БЫ РАЗ В ЖИЗНИ

10 ЧУДЕС ПРИРОДЫ, КОТОРЫЕ НУЖНО УВИДЕТЬ ХОТЯ БЫ РАЗ В ЖИЗНИ

Meneroka Misteri Tanah Merah Kelantan: Misteri Kubur Lama Di Puncak Bukit Panau

Meneroka Misteri Tanah Merah Kelantan: Misteri Kubur Lama Di Puncak Bukit Panau

Залипательные Видео с Рабочими, Которые Делают Невероятные Вещи

Залипательные Видео с Рабочими, Которые Делают Невероятные Вещи

Man Builds Incredible DIY Wood Cabin in the Woods Start to Finish by @bjornbrenton

Man Builds Incredible DIY Wood Cabin in the Woods Start to Finish by @bjornbrenton

Конец американской мечты? Калифорния: исповедь эмигрантов

Конец американской мечты? Калифорния: исповедь эмигрантов

Места на Земле, которые кажутся нереальными! Чудеса планеты!

Места на Земле, которые кажутся нереальными! Чудеса планеты!

© 2025 dtub. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: [email protected]