PKPP Verithanamana Social Distancing | No Awareness | வாழ்க மலேசியா தமிழன் | Valga Malaysia Tamilan
Автор: Vaalga Malaysia Tamilan @ வாழ்க மலேசியா தமிழன்
Загружено: 2020-07-26
Просмотров: 78
Ingkar PKPP: 330 individu ditahan semalam
KUALA LUMPUR: Seramai 330 individu ditahan semalam atas kesalahan mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan 23 daripada mereka direman.
Polis turut mengenakan kompaun ke atas 304 pesalah selepas didapati terbabit dalam aktiviti dipenuhi orang ramai yang menyukarkan pelaksanaan peraturan penjarakan sosial.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata penahanan itu dibuat hasil pemeriksaan ke atas 63,511 premis oleh Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.
Beliau berkata pemeriksaan itu bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKPP.
Katanya, 2,821 pasukan pematuhan dengan kekuatan 12,214 anggota melakukan pemantauan di 3,986 pasar raya, 5,580 restoran, 1,408 penjaja, 1,142 kilang, 3,639 bank dan 755 pejabat kerajaan.
"Turut dipantau adalah 1,122 terminal pengangkutan darat, 273 terminal pengangkutan air dan 130 terminal pengangkutan udara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, polis membuat 65 sekatan jalan raya semalam, di bawah Operasi Benteng yang diwujudkan khas bagi mengawal ketat sempadan negara daripada dibolosi pendatang asing tanpa izin (PATI).
Mengulas lanjut beliau berkata, sebanyak 34,967 kenderaan diperiksa semalam bagi mengekang kemasukan PATI, khususnya yang membabitkan lorong tikus dan berjaya menahan 11 warga asing atas kesalahan imigresen.
"Operasi ini dijalankan secara bersepadu membabitkan kerjasama polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM).
"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus," katanya.
Sementara itu, Operasi Sanitasi Awam di bawah seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac lalu melakukan 9,363 operasi sanitasi merangkumi 134 zon.
Ia membabitkan 12,739 premis disanitasi, mencakupi 2,687 pusat perniagaan, 5,581 bangunan kerajaan, 1,591 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,526 tempat awam dan 354 pasar raya.
Sebanyak 12 operasi sanitasi meliputi 11 zon pula dilakukan semalam, merentasi empat negeri iaitu Sabah (lapan operasi), Melaka (dua) dan masing-masing satu di Pahang serta Sarawak.
"Operasi ini membabitkan 19 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan 108 anggota pihak berkuasa tempatan menggunakan tiga jentera bomba," katanya.
Sumber:-
https://www.bharian.com.my/berita/nas...
#verithanam #valgamalaysiatamilan
My Telegram Group:-
https://t.me/valgamalaysiatamilan
My Youtube Channel:-
/ @vaalgamalaysiaindians
My Facebook:-
வாழ்க மலேசியா தமிழன்
My Insta:-
valga_malaysia_tamilan
My Twitter:-
வாழ்க மலேசியா தமிழன்

Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: