Program e-Perkasa Muhammad Alif Saifullah bin Mohd Safiaee
Автор: Yayasan LTAT
Загружено: 2025-10-27
Просмотров: 11
Peserta Program e-Perkasa SPM 2025, Muhammad Alif Saifullah bin Mohd Safiaee dari SMK Tabobon, Kota Kinabalu, Sabah, telah membuktikan bahawa kejayaan boleh dicapai dengan usaha dan semangat yang tidak pernah luntur.
Sebelum menyertai program e-Perkasa, beliau sering bergelut untuk memperoleh gred yang baik untuk subjek Bahasa Inggeris. Namun, selepas mengikuti sesi tuisyen dan bimbingan melalui program ini, grednya telah menunjukkan peningkatan daripada ‘D’ kepada ‘B’.
Tambahnya lagi, sumbangan komputer riba percuma yang diterima ini juga telah berjaya membangkitkan semangat untuk belajar dengan lebih tekun dan bersemangat setiap hari.
Program e-Perkasa SPM 2025 merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan melalui kerjasama antara Yayasan LTAT dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi membantu anak-anak warga ATM mencapai kecemerlangan akademik.
#YayasanLTAT
#MadaniBekerja
#MinDefUpdate
#MinDefMalaysia
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: