Wan Rohimi: 'Tidak ada sejarah perdana menteri melutut dan tunduk kepada kehendak Amerika'
Автор: Malaysianometry 🇲🇾
Загружено: 2025-11-21
Просмотров: 8918
ADUN Melor, Wan Rohimi Wan Daud menegaskan bahawa walaupun Kelantan sering dinafikan hak oleh Kerajaan Persekutuan, negeri tetap berusaha menjaga kebajikan rakyat.
Wan Rohimi membangkitkan kebimbangan terhadap Perjanjian ART Malaysia–AS yang didakwa mempunyai terma berat sebelah, termasuk syarat “Malaysia shall” yang mewajibkan negara tidak menyekat eksport mineral kritikal, memberi keutamaan kepada syarikat-syarikat AS, serta membekalkan magnet nadir bumi dengan terma yang memihak kepada Amerika.
Beliau mempersoalkan tindakan Kerajaan Persekutuan menandatangani perjanjian tanpa konsultasi dengan negeri-negeri yang memiliki hasil bumi tersebut, dan menganggapnya sebagai pengulangan episod penafian petroleum dahulu.
Perkara itu diucapkan dalam Ceramah Kedaulatan Negara Tergadai anjuran PAS Kota Bharu di Dewan Kelantan Trade Centre, Kota Bharu pada Jumaat, 21 November 2025.
Jangan lupa untuk like, komen, dan langgan saluran kami untuk perkembangan terkini!
#malaysianometry #perikatannasional #tanahmelayu #kelantan
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: