Tips cara buat baja organic dari kulit telur untuk tanaman
Автор: Tanomkinotuan Gardening
Загружено: 2020-05-08
Просмотров: 85863
Tips cara buat baja organic dari kulit telur untuk tanaman. Tips cara buat baja organic dari kulit telur untuk tanaman siram/sembur. Cara buat baja organic dari kulit telur untuk tanaman di kebun yang murah. Diguna cara siram atau sembur kepada sayuran. Jangan buang kulit telur, kumpul dan buat baja kulit telur yang murah. Antara tips adalah:
1. Tips satu - Cara rebusan, air rebusan telur ( kulit) mengandungi kandungan kalsium yang terbebas semasa merebus telur. Cara ni senang di buat. (dilakukan 1 bulan sekali) - sangat murah dan siram untuk tanaman
2. Tips dua - Cara penghancuran, hancurkan kulit telur 70 peratus atau separa hancur untuk ditaburkan di sekeliling pokok tanaman bagi menghindari dari pada lintah bulan dan siput. Ramai membuat kesilapan menabur kulit telur untuk tujuan ini. Lakukan taburan kulit telur dalam jumlah yang banyak atau menutupi ruang sekeliling tanaman agar tidak ada ruang yang boleh dilalui oleh siput dan lintah bulan. Bagus untuk tanaman. (baja murah ini dilakukan jika musim siput di kebun anda)
3. Tips tiga - tumbuk atau blender kulit telur menjadi serbuk dan tabur sesudu teh di sekeliling tanaman anak pokok cili dan tomato. Pokok tomato dan cili menyukai serbuk kulit telur hancur kerana kandungan kalsium yang tinggi mengelak daripada buah busuk dan menjadikan penyerapan makanan yang seimbang kepada tanaman pokok. Pokok akan menyerap serbuk kalsium yang sudah terurai dari kulit telur tersebut apabila ia sudah terurai secara sempurna. (baja murah ini lakukan 2 bulan sekali)
4. Tips empat - serbuk kulit telur boleh ditambah ke dalam kompos cacing jika ada, ia akan dimakan dan dicerna oleh cacing dan akan dibebaskan menerusi tinjanya. Kulit telur tadi telah pun menghasilkan zat kalsium yang boleh diserap oleh pokok secara semula jadi. (dilakukan jika membuat kompos cacing)
5. Tips lima - Jika tidak mempunyai kompos cacing, boleh bubuh kulit telur ke dalam pembuatan kompos. Kulit telur akan terkompos bersama bahan-bahan lain dan membebaskan kalsium yang diperlukan oleh tanaman. Selain kalsium kompos tersebut kaya dengan zat nutrient lain. (dilakukan jika membuat kompos)
6. Tips enam - Selain di atas, kalsium yang terdapat dalam kulit telur dapat dibebaskan secara cepat dengan menjadikan kulit telur sebagai serbuk dan campurkan 2 sudu serbuk kulit telur dengan 2 hingga 3 sudu cuka makan (vinegar). Buh-buh akan terbentuk menandakan berlaku tindakbalas cuka terhadap kulit telur dengan membebaskan unsur kalsium. Cara penyediaan foliar adalah 1 sudu makan cecair kulit telur bercuka dicairkan dengan 1.5 liter air paip. Siram atau sembur (foliar) kepada tanaman. Baja cecair tersebut tidak menjejaskan atau mematikan pokok kerana sudah dicampur dengan air mengikut sukatan. (dilakukan sekali dalam dua minggu)
Lakukan
Lawat channel untuk video-video bertani:
/ carlzjafran .
Anda juga berminat menonton manfaat air basuhan beras:
• Starch water from rice for plants/Is rice ...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: