Sumandak Olundus Kiulu 2019/Unduk Ngadau Kaamatan Kiulu 2019, Elvira Satebon (Pesta Kaamatan, Sabah)
Автор: Stevie Sebol Channel
Загружено: 2020-05-30
Просмотров: 1770
Sumandak Olundus Kiulu 2019 (Unduk Ngadau Kaamatan Kiulu 2019), Elvira Satebon
Pesta Kaamatan untuk masyarakat KDM (Kadazandusun Murut) adalah masanya untuk mensyukuri hasil tuaian yang melimpah-ruah, masa untuk berkumpul bersama, mengukuhkan semangat perpaduan, mengeratkan hubungan antara kaum dan bersama-sama berkongsi makanan dan minuman tradisional. Malangnya, penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan sambutan ini dibatalkan pada tahun ini. Ketiadaan Pesta Kaamatan pada tahun ini bukan sahaja dirasai oleh masyarakat KDM, tetapi juga rakyat Malaysia secara umumnya. Semoga perayaan Pesta Kaamatan dapat diadakan kembali pada masa-masa yang akan datang dalam suasana yang lebih sihat, selamat, harmoni dan mematuhi segala peraturan yang berkuatkuasa. Mari kita lihat kembali (throwback) persembahan wakil Unduk Ngadau Kaamatan Kiulu, Cik Elvira Satebon yang telah berjaya mengharumkan nama daerah Kiulu dengan menggondol tempat ketiga dalam Pertandingan Busana Etnik Kontemporari di KDCA pada tahun 2019. Semoga ia akan menjadi sumber inspirasi kepada semua golongan belia di daerah Kiulu untuk berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi.
"Kiuluku, Tanggungjawabku, Kebanggaanku."
#UndukNgadau #Kaamatan #Sabah #Kaamatan2020 #Kiulu #SumandakOlundusKiulu
#Kaamatan2019 #Sumandak #PESBUK #KDLC #KDCA #Tourism #Pelancongan
#UndukNgadauKaamatanNegeriSabah2018 #BorneoRepublicMalaysiaCreations #Borneo #Sumandak #HarvestFestival
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: