Penambat Besi dalam Konkrit - Hilti RE500 Injection Mortar Anchoring Adhesive
Автор: ATKC eWarehouse Home Improvement Store
Загружено: 2025-02-22
Просмотров: 228
Sebelum ini, Ah Gei ada tunjukkan korang cara melekatkan batang besi keluli dalam konkrit dengan menggunakan Sika AnchorFIx S.
Ada yang komen, bagaimana pulak dengan Hilti?
Hilti?!? Apa itu Hilti?
Inilah yang dimaksudkan, Hilti RE500 Epoxy Anchor Injection Mortar!
Jom, mari kita buat perbandingan!
1. Sama seperti Sika AnchorFix S, Hilti RE500 adalah
a. “Anchoring Adhesive”, yang kerap digunakan menambatkan besi keluli & batang bolt ke dalam konkrit dengan kekuatan yang tinggi.
b. Mempunyai 2 komponen, iaitu Komponen A & Komponen B yang harus dicampurkan dengan sekata sebelum diaplikasikan.
c. Mempunyai kelulusan ETA - European Technical Assessment.
2. Saiz Pembungkusan/ Packaging Size
Sika AnchorFix S: 300ml dalam bentuk katrij silicon
Hilti RE500: 330ml, 500ml & 1400ml dalam bungkusan kerajang aluminium/ aluminium foil
Di Malaysia, 500ml atau berat 705g paling popular.
Dari segi label,
a. Hilti HIT-RE 500 V4: V4 menandakan versi yang terbaru
b. #2287554: Nombor Produk atau SKU
c. Lot Number: Nombor lot pengilang
d. Tarikh Luput: Jangka hayat 12 bulan dari tarikh pengilang
e. Suhu simpanan: 5°C - 25°C
3. Aksesori
a. Sika AnchorFix S: Silicon Gun - yang murah sudah cukup, janji boleh pakai!
b. Hilti RE500: Dispenser yang khas, Hilti HDM500 Manual Adhesive Dispenser - ada kos tambahan!
4. Apa itu Opening Time? Apa itu Curing Time?
Opening Time/ Working Time, merujuk kepada masa yang tersedia untuk mencampur, mengaplikasi, melicinkan, membentuk, memasang dan mengapit Hilti RE500 Injection Mortar.
Curing Time, merujuk kepada tempoh masa yang diperlukan untuk pengerasan sepenuhnya Hilti RE500 Injection Mortar.
Kedua-dua Working Time & Curing Time, amat bergantung pada suhu aplikasi atau persekitaran.
Sebagai contoh.
Penggunaan Hilti RE500 Injection Mortar pada suhu 24°C - 29°C atau suhu bilik,
Working time: 20 minit maxima, Curing time: 6 jam minima
Manakala, untuk Sika AnchorFix S, Working time: 3 minit & Curing Time: 30 minit.
5. Persediaan
a. Semak tarikh luput produk
b. Bukakan penutup & pasangkan muncung mixer
c. Masukkan kartij ke dalam Catridge Holder CB500.
d. Laraskan dispenser HDM 500 mengikut kesesuaian pengguna.
6. Kaedah Penggunaan
a. Drill kan lubang pada permukaan konkrit mengikut diameter & kedalaman yang diperlukan.
b. Bersihkan lubang dengan menggunakan “air compressor”, berus dawai khas atau “blow out pump”.
c. Peringatan: Tekan pemicu sebanyak 2x, dan abaikan campuran awal Hilti RE500 yang tidak sekata.
d. Kemudian, masukkan campuran Hilti RE500 ke dalam lubang, bermula dari bahagian dalam, kemudian menghala ke luar. Elakkan sebarang udara yang terperangkap!
e. Masukkan besi atau “anchor” ke dalam lubang mengikut putaran. Campuran Hilti RE500 yang berlebihan akan terkeluar. Pastikan langkah ini dilakukan mengikut “Working Time”, iaitu 20 minit.
f. Biarkan proses pengerasan seterusnya mengikut “Curing Time”, iaitu selama 6 jam minima.
7. Kekuatan
Tengoklah sendiri!
For more information, please visit www.ewarehouse.my - Malaysia's Largest Home Improvement Online Store.
#atkc #ewarehouse #angkokgei #ahgei #hilti #re500
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: