Yogurt Tradisional Melayu Guna 100% Susu Kerbau Segar | Susu Masam Pok Ya
Автор: DESTINASI TV
Загружено: 2025-02-12
Просмотров: 71678
📍 Lokasi » Susu Masam Pok Ya
Kampung Peris Kuala Berang
☎️ Nombor Telefon » 019-9277514
Zakaria Ideris, atau lebih dikenali sebagai Pok Ya, menghasilkan susu masam daripada susu kerbau yang diperam atau difermentasikan dalam buluh. Susu masam ini merupakan makanan tradisi Terengganu yang biasa dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan gula, budu, dan nasi sebagai penambah selera. Produk ini boleh didapati di pasar Kuala Berang, Hulu Terengganu. Sebelum ini, Pok Ya hanya menternak kerbau dan menjual susu kerbau, tetapi setelah menyedari penghasilan susu masam semakin berkurangan, beliau terdorong untuk menghasilkannya dan terus melakukannya hingga kini.
Destinasi TV adalah saluran digital yang mempersembahkan dokumentari mini mengenai kepelbagaian budaya, sejarah, dan tarikan tempatan di Malaysia. Kami membawa penonton menjelajahi keunikan makanan tradisional, kraf tangan yang memukau, dan pelbagai aspek budaya yang memperkaya warisan Malaysia. Setiap kisah kami sampaikan dilengkapi dengan penceritaan yang mendalam dan visual yang menarik, menjadikan setiap episod bukan sekadar tontonan, tetapi pengalaman yang mendidik dan menginspirasi.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: